awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/03/2024
13:13 MYT
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diputuskan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi isyarat hijau. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diputuskan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi isyarat hijau.
"Perkembangan (RUU) ini sangat bagus dan saya dapat jaminan daripada AGC kalau dapat jadual pembentangan Julai.
"Itu munasabah untuk jelmakan MCBA sebagai entiti,” katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Khas bersama pengurusan tertinggi KDN, agensi dan pengamal media di sini, pada Isnin.
MCBA adalah agensi tunggal yang akan mengawal selia sempadan negara bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah meluluskan angka perjawatan untuk melengkapkan gerak kerja MCBA.
"Ketika ini jawatan ini dalam proses pengisian. KDN juga diberikan persetujuan Jemaah Menteri pada minggu lepas untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Pengoperasian untuk MCBA.
“Dengan itu, kami (KDN) akan mulakan dulu (Jawatankuasa Pemandu dan Pengoperasian) dengan membabitkan agensi terlibat, kita mulakan dengan beberapa agensi awal," ujarnya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#RUU penubuhan MCBA
#dibentang
#Parlimen
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan