awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan lulus

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/12/2020
06:40 MYT
RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan lulus
Sesi penggulungan Kementerian Pengangkutan dibuat menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan diluluskan dengan undi belah bahagian.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bahagian.
"Ini keputusannya, 109 ahli Parlimen setuju, 94 (ahli Parlimen) tidak setuju dan 17 ahli Parlimen lagi tidak hadir," katanya di Parlimen di sini, pada Isnin.
Keputusan itu dibuat selepas Dewan Rakyat ditangguhkan selama 10 minit berikutan lebih daripada 15 ahli Parlimen bangun meminta proses itu dilakukan.
Sebelum itu, kedengaran suara bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mencelah memberitahu "Datuk Pengerusi, saya mohon untuk undi belah bahagian, kerana menteri tidak menjawab soalan."
Terdahulu, sesi penggulungan kementerian itu dibuat oleh menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Kementerian Pengangkutan menerima peruntukan sebanyak RM6.05 bilion dalam Belanjawan 2021 dengan peningkatan 67.47 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Perbelanjaan Mengurus melibatkan RM1.88 bilion manaka Perbelanjaan Pembangunan berjumlah RM4.17 bilion.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#RUU Perbekalan 2021
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan