awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dibentang untuk bacaan kali pertama

Bernama
Bernama
14/03/2024
07:29 MYT
RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dibentang untuk bacaan kali pertama
RUU itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. - Gambar fail/Japen
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
RUU itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Lim berkata ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi persidangan kali ini.
RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024 mengadakan peruntukan bagi pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi RM23,479,669,350 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan bagi 2023.
Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk kegunaan peruntukan kepada Perkhidmatan Am Perbendaharaan iaitu sebanyak RM14,486,540,550, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun (RM4,204,668,800), Kementerian Pendidikan (RM1,973,724,300) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (RM1,174,138,000).
Peruntukan itu juga adalah bagi Kementerian Kesihatan (RM687,892,500), Kementerian Pertahanan (RM410,530,750), Suruhanjaya Pilihan Raya (RM300,000,000), Jabatan Perkhidmatan Awam (RM153,263,900), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (RM56,910,550) serta Kementerian Belia dan Sukan (RM32,000,000).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang RUU Perbekalan Tambahan 2023 2024
#dibentangkan untuk bacaan kali pertama
#Dewan Rakyat
#Lim Hui Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan