JOHOR BAHRU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini dalam fasa terakhir bersama Jabatan Peguam Negara untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Arkitek Landskap.
Menteri berkenaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata rang undang-undang itu akan dikemukakan sebagai satu kerangka untuk memajukan lagi profesionalisme arkitek landskap di negara ini.
"Perkara ini penting bagi membolehkan kerjaya sebagai profesion arkitek landskap dibangunkan dengan lebih sistematik sepertimana profesion yang lain.
"Ini kerana membangunkan landskap ini perlu ada ilmu, perlu ada jiwa, perlu ada pengalaman yang dibina dalam tempoh masa tertentu bagi menjadikannya lebih indah, bermakna dan menambat hati yang melihatnya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Hari Landskap Negara 2022 (HLN2020) di Taman Bandar Ekoflora, Johor Bahru, di sini semalam.
BACA: Empat hala tuju pembangunan landskap negara - PM
Selain itu, Reezal Merican berkata KPKT sedang melihat beberapa model pembangunan industri landskap dan bunga-bungaan untuk mengembangkan sektor itu sebagai sebuah industri bernilai tinggi.
Katanya ia termasuk bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi dan kementerian seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kerja Raya.
"Melihat kepada evolusi 25 tahun pembangunan landskap di negara ini, sudah tiba masanya untuk melihat landskap dan bunga-bungaan ini dalam kerangka industri baharu yang menjadi bidang pertumbuhan baharu kepada negara.
"Ini sememangnya industri yang belum diterokai yang berupaya mencipta pelbagai peluang perniagaan, pekerjaan dan juga kajian-kajian akademik," katanya.
Menurut Reezal Merican berdasarkan permintaan pasaran dunia yang tinggi dengan kadar peningkatan tahunan sebanyak enam peratus, potensi perkembangan industri landskap dijangka dapat menjana ekonomi kepada negara sehingga RM509 juta setahun.
Malah katanya Malaysia juga mempunyai potensi nilai tinggi sebagai pengeluar biji benih bunga khusus untuk negara iklim tropika ke pasaran dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022

Reezal Merican berkata KPKT sedang melihat beberapa model pembangunan industri landskap dan bunga-bungaan untuk mengembangkan sektor itu sebagai sebuah industri bernilai tinggi. - Gambar fail/BERNAMA

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

RUU Profesion Arkitek Landskap dalam fasa terakhir - Reezal Merican
RUU itu akan dikemukakan sebagai satu kerangka untuk memajukan lagi profesionalisme arkitek landskap di negara ini.