JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menggariskan empat hala tuju yang perlu diberi perhatian, bagi pembangunan landskap negara pada masa hadapan.
Empat hala tuju itu, antaranya melibatkan usaha memperkemas sistem jaringan landskap negara, dengan keutamaan diberikan kepada perluasan penyediaan infrastruktur hijau negara, menerusi pendekatan program pembangunan landskap yang menyeluruh.
"Kedua ialah mendaya upaya potensi dan nilai ekonomi industri landskap. Seiring dengan perubahan global, sewajarnya kita mendaya upayakan potensi industri landskap negara sebagai satu nilai ekonomi atau sebagai satu sumber pulangan dan ekonomi baharu negara.
"Ketiga ialah melindungi aset landskap Keluarga Malaysia. Satu kaedah kawalan secara perundangan diwujudkan, bagi memastikan aset landskap dapat dilindungi selain pendidikan berterusan secara lebih berkesan kerana kehilangan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap sempena sambutan Hari Landskap Negara 2022 (HLN2020) di Taman Bandar Ekoflora, Johor Bahru, di sini hari ini.
Hala tuju keempat, katanya ialah mempertingkat kualiti perkhidmatan landskap negara, di mana organisasi landskap yang lengkap di peringkat agensi, negeri dan tempatan perlu memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada Keluarga Malaysia.
Dengan hala tuju yang dicadangkan itu, Ismail Sabri berharap pembangunan landskap pada 25 tahun akan datang, menjadi lebih maju dan menawarkan kualiti landskap yang unggul untuk dinikmati oleh generasi mendatang dan segala usaha ini perlu bermula pada hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga berhasrat agar setiap negeri mempunyai taman awam berkonsepkan Taman Persekutuan dan dapat meningkatkan akses rakyat kepada kawasan landskap.
Katanya ia sekali gus meningkatkan jumlah kawasan hijau di kawasan perbandaran, yang menjadi faktor utama penyumbang karbon rendah dan keselesaan persekitaran bandar, yang memberi impak kepada peningkatan kualiti persekitaran dan kehidupan Keluarga Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, dalam tempoh 25 tahun ini, taman seluas kira-kira 9,467 hektar telah dibangunkan di seluruh negara dan melalui kerjasama semua pihak, kualiti pembangunan landskap yang indah dan damai telah bercambah.
"Rakyat menyedari kepentingan landskap dalam persekitaran dan kesejahteraan kehidupan. Taman-taman dan kawasan rekreasi awam telah dijadikan ruang terapi Keluarga Malaysia, dalam usaha meredakan tekanan hidup yang secara langsung, menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan mental dan fizikal.
"Data menunjukkan jumlah pengunjung ke Taman Persekutuan Bukit Kiara mencatatkan peningkatan sebanyak 287.10 peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya, dan ini membuktikan kepentingan taman menjadi ruang rekreasi utama Keluarga Malaysia semasa pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) diiringi Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika hadir pada sambutan Hari Landskap Negara. - BERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.