Skip to main content

Malaysia

RUU Warga Emas dibentang awal 2027 - Nancy

KUALA LUMPUR, 12 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan ucapan pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) ke-7 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Nancy (foto) berkata biarpun draf RUU berkenaan sudah siap sepenuhnya, proses tersebut mengambil masa berikutan hasil sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan negeri. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas yang disasarkan dibentang pada Oktober ini jangka hanya dapat dibawa ke Parlimen pada awal 2027, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata biarpun draf RUU berkenaan sudah siap sepenuhnya, proses tersebut mengambil masa berikutan hasil sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan negeri.

"Memang kita punya garis masa tahun ini. Tapi, kita dimaklumkan disebabkan perkara baharu...bila kita adakan libat urus itu, banyak perkara baharu yang perlu dimasukkan dan kita pun setuju supaya ia dimasukkan sebagai pindaan terhadap draf kita," katanya kepada media selepas menghadiri Sambutan 80 Tahun Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini hari ini.

Beliau berkata proses seterusnya kini masih memerlukan penelitian sebelum RUU berkenaan dapat dimuktamadkan dan dibawa ke peringkat seterusnya.

Undang-undang baharu itu akan memberikan perlindungan perundangan yang lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani isu pengabaian, penderaan dan eksploitasi terhadap warga emas.

Selain itu, undang-undang itu juga dirangka sebagai persediaan komprehensif bagi menghadapi peralihan demografi Malaysia ke arah status negara menua menjelang 2028.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement