LAIN macam! Itu yang dapat digambarkan ketika melihat persembahan Kitaro dan Zainal Abidin dalam Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 di Kampung Budaya Sarawak (SCV).
Membawa elemen hijau dan inspirasi dari hutan hujan tropika dengan berlatarbelakangkan Gunung Santubong, tanpa gagal muzik yang dipersembahkan memukau ribuan peminat RWMF edisi ke-27 ini.
Tidak hairanlah, RWMF tahun ini mencatat rekod baharu dengan jumlah pengunjung seramai 26,000, tertinggi sejak ia bermula pada 1998.
Paling tertinggi ia pernah direkodkan pada 2019 dengan kemasukan 23,000 pengunjung dan tahun ini, hasil kutipan jualan tiket juga meningkat 47 peratus.
Edisi RWMF kali ini, menampilkan 68 pemuzik antarabangsa dari 15 negara serta 63 artis tempatan.
Ia termasuk Salammusik, Alena Murang, Tuni Sundatang, NiNi, Havana Social Club, Belle Sisoski, Mohram dan lain-lain lagi.
Mungkin selera muzik itu pada akhirnya selalu bersifat subjektif, namun tidak dapat dinafikan RWMF meraikan kepelbagaian bunyi dan irama yang akhirnya memperlihatkan lagi keindahan seni serta keunikan budaya yang diketengahkan.
Menjadikan ia lain daripada lain, konsep berhibur dalam ‘kampung’ dengan penuh kebudayaan sudah pasti menggambarkan Sarawak merayakan kepelbagaian serta kebersamaan.
Daripada Bidayuh, Iban, Cina, Melayu, Ulu, Melanau, dan Penan, gaya hidup serta jenis rumah semuanya boleh dilihat di sini.
Memetik kata Kitaro dalam sidang medianya di SCV, beliau menekankan mengenai budaya tempatan yang seharusnya diterokai dalam menghasilkan ‘kekuatan’ dalam sesebuah muzik.
RWMF anjuran Sarawak Tourism Board (STB) yang mengangkat inisiatif hijau bagi menjamin kelestarian pelancongan bertanggungjawab harus dipuji, selain diangkat untuk dijadikan contoh kepada festival-festival lain yang bakal diadakan.
Memberi fokus konsep hijau dan kebersihan alam sekitar, RWMF komited dalam mengurangkan jejak karbon sepanjang festival itu berlangsung.
Ruai Hijau yang menggunakan teknologi mesra alam untuk pelancongan mampan seperti menggunakan tenaga solar, demonstrasi akuaponik dan bengkel kitar semula antara inisiatif.
Turut dipuji juga ‘Waste Warrior’ RWMF yang tidak penat berjalan ke sana sini dari pagi hingga malam mengutip sampah bagi tujuan pengasingan untuk dikitar semula.
Penyanyi lagu Hijau, Zainal juga bersetuju untuk membuat persembahan dalam RWMF berikutan pengajur festival itu memastikan soal alam sekitar tidak diabaikan seperti sebelum-sebelum ini.
Pada tahun hadapan, RWMF dijadulkan berlangsung pada 20 hingga 22 Jun 2025 dan bagi mereka yang mahu rasakan pengalaman berhibur dalam ‘kampung’ yang penuh budaya, RWMF merupakan platform terbaik untuk rasainya.
Faliq Lajim
Mon Jul 01 2024
RWMF tahun ini catat rekod baharu dengan jumlah pengunjung seramai 26,000, tertinggi sejak ia bermula pada 1998. - Foto/Astro AWANI/Faliq Lajim
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
RWMF 2024 tak gagal, berhibur dalam hutan hijau
Edisi RWMF kali ini, menampilkan 68 pemuzik antarabangsa dari 15 negara serta 63 artis tempatan.
RWMF 2024: Ruai Hijau jadi platform pamer inovasi, teknologi mesra alam
Projek berkenaan selari dengan matlamat RWMF sebagai festival dengan jejak karbon yang minimum.
RWMF 2024: Hujan lebat, peminat Zainal Abidin setia menunggu
Manis, Khayalan dan Ikhlas Tapi Jauh oleh penghibur terkenal negara, Datuk Zainal Abidin antara lagu yang bergema di pentas utama RWMF 2024 pada malam kedua festival di Kampung Budaya Sarawak.
RWMF 2024: Zainal Abidin tunggu 20 tahun untuk kemunculan sulung
Zainal memilih waktu sesuai untuk beraksi di RWMF selepas menyaksikan sendiri keseriusan penganjur dan pengunjung menjaga alam sekitar di Kampung Budaya Sarawak, lokasi festival itu berlangsung.
Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong
Penganjuran RWMF 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.