IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengetuai senarai penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-65 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.
Beliau dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin pula menerima tunggal Darjah Paduka Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran Datuk.
Seramai 13 orang menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang juga membawa gelaran Datuk di samping empat penerima Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.
Penerima DPMP ialah Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali; Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Mohamed Zaini Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Nor Sham Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman dan Pakar Perunding Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr. Jeyaseelan a/l P.Nachiappan.
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Abd. Halim Ashaari; Pengarah Kastam Negeri Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Dr. Mohamad Saprin; Ketua Bahagian Neurologi Universiti Malaya, Prof. Dr. Goh Khean Jin; Pengarah & Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja
Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr. Norhayati Nordin.
Pengarang Kumpulan Berita Harian, Saidon Idris; Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop; Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Toh Seri Lela Paduka Prof. Dr Khalid Ismail dan Ketua Protokol Dan Istiadat Negeri Perak, Toh Jana Pahlawan SAC (B) Abu Bakar Romlee.
Empat penerima DPTS pula ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Anuar Othman; Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Rusli Ahmad; Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara Markas, Mej. Jen. Felix Gonsalvez a/l Alexander dan Pakar Perunding Bedah Ortopedik Hospital Angkatan Tentera Lumut, Brig. Jen. Dr. Musa Kasmin.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata, selain 19 orang penerima yang membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk, terdapat 173 orang lagi penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran lain.
Menurutnya, penerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) seramai sembilan orang; Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) (23);
Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) (8); Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP (44); Pingat Pekerti Terpilih (PPT) (47); Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (33) dan Pingat Lama Perkhidmatan (PLP) (9).
Katanya, jumlah penerima tahun ini adalah agak terhad dan hanya mereka yang benar-benar layak serta memenuhi kriteria yang ditetapkan sahaja yang telah diperkenankan Sultan Perak untuk dikurniakan darjah kebesaran dan pingat.
“Pengurniaan darjah kebesaran dan pingat-pingat negeri Perak tahun ini juga adalah tertumpu kepada pasukan barisan hadapan yang telah banyak berkorban masa dan tenaga, untuk berjuang menentang dan mengekang penularan wabak pandemik COVID-19, terutamanya di negeri Perak.
“Pengurniaan ini diharapkan akan dapat menaikkan semangat serta moral pasukan barisan hadapan, dalam usaha mereka memastikan keselamatan rakyat negeri Perak dari jangkitan COVID-19,” katanya pada sidang media khas pada Khamis.
Menurutnya, istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat bagi siri pertama iaitu melibatkan pengurniaan dariah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri, Datuk Seri Panglima, Datuk dan Datuk Pahlawan akan diadakan 14 November, di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Katanya, istiadat itu juga akan melibatkan penerima bagi tahun 2020, seramai 19 orang dan penerima bagi tahun 2021, juga 19 orang.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Nov 04 2021
Saarani dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.