KOTA KINABALU: Sabah dalam usaha menarik penyertaan syarikat penerbangan Singapura untuk meneroka sekali gus meluaskan penerbangan terus ke Sandakan dan Tawau.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementeriannya akan mengemukakan cadangan kepada syarikat penerbangan untuk menambah laluan baharu ini dalam tempoh terdekat.
Dengan perkhidmatan penerbangan terus, beliau yakin prospek pelancongan yang besar dan permintaan tinggi sekali gus merancakkan industri itu di masa depan.
"Inisiatif tersebut diyakini dapat membantu meningkatkan kemasukan pelancong bukan sahaja dari Singapura malah daripada negara- negara luar yang lain berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah salah sebuah pusat penerbangan utama di Asia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Jafry sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara) Singapura, Sim Ann.
Tambah beliau, kementeriannya menerusi Lembaga Pelancongan Sabah juga giat menjalankan business to business (B2B) dan business to customer (B2C) dalam meningkatkan promosi pelancongan kepada pelancongan antarabangsa.
Astro Awani
Fri Jun 10 2022

Jafry (kiri) berbincang dengan Sim Ann dalam pertemuan pada Khamis. - Foto Astro AWANI

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - PDRM
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia – Zafrul
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Sah! BN gerak solo pada PRU15

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

Sabah sedia bekerjasama dengan Batik Air buka laluan penerbangan ke Indonesia
Kerajaan Sabah bersedia bekerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air untuk membuka laluan penerbangan ke Indonesia dalam usaha membangunkan negeri itu sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

Sabah lulus RM9.5 juta untuk sektor pelancongan
Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM400,000 kepada persatuan kebudayaan untuk aktiviti kebudayaan, kesenian dan bahasa.

Sabah cadang syarikat penerbangan Singapura luaskan laluan ke Sandakan dan Tawau
Sabah dalam usaha menarik penyertaan syarikat penerbangan Singapura untuk meneroka sekali gus meluaskan penerbangan terus ke Sandakan dan Tawau.

Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan
Sekiranya harga tiket tidak berpatutan dan melambung tinggi, ia akan menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke Sabah.

Pemain industri pelancongan Sabah disaran buat persediaan awal, tetapkan SOP - Jafry
Semua pengusaha industri pelancongan disarankan untuk membuat persediaan awal termasuk penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi menerima ketibaan pelancong dari luar negara ke Sabah.

Inisiatif VTL mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah - Jafry
Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah perlu melakukan penelitian dan sekali gus mempertimbangkan perlaksanaan inisiatif VTL menerusi perkhidmatan udara melalui Singapura.

Sabah harap kehadiran pelancong China apabila sempadan dibuka
Sabah berharap ramai pelancong dari China akan datang melawat negeri ini apabila pintu sempadan negara dibuka semula kepada pelawat antarabangsa.

Subsidi elektrik diberikan untuk penggiat pelancongan di Sabah
Sabah bersetuju untuk memberikan subsidi atau rebat bagi bil elektrik kepada penyedia penginapan yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

Chong Wei dilantik Duta Pelancongan Sabah
Kerajaan negeri juga mencadangkan pembinaan Akademi Badminton Datuk Lee Chong Wei di Sabah untuk membantu industri sukan dan pelancongan tempatan.

STB, Tourism Malaysia bekerjasama dalam promosi pelancongan domestik, antarabangsa
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi melaksanakan rancangan promosi pelancongan untuk pasaran domestik dan antarabangsa