KOTA KINABALU: Kota Belud merupakan daerah yang merekod kecurian kabel tertinggi di Sabah dengan 242 kes daripada 1,915 kes keseluruhan yang direkodkan di negeri itu, pada tahun lepas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan Datuk Fairuz Renddan berkata 242 kes di Kota Belud itu amat membimbangkan, kerana dua daerah lain yang terdekat iaitu Kota Marudu dan Tuaran mencatat jumlah kes yang rendah iaitu masing-masing 76 dan 61 kes.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah itu berkata kecurian kabel atau vandalisme alat komunikasi yang lain amat dikesali, kerana memberikan kesukaran kepada penduduk di negeri ini untuk berkomunikasi dengan baik terutama di kawasan luar bandar serta pedalaman yang jauh.
"Setiap kali kabel dicuri, maka talian komunikasi kita akan mengalami gangguan, memberi impak negatif kepada semua penduduk Kota Belud dalam aspek komunikasi. Rupa-rupanya kabel dipotong, dicuri dan dijual.
"Sekiranya kejadian vandalisme terutama kecurian atau pemotongan kabel seperti ini berterusan, sampai bilapun apa-apa pembangunan infrastruktur komunikasi tidak akan pernah selesai," katanya menerusi kenyataan sempena Program Kesedaran Hentikan Vandalisme Komunikasi DUN Pintasan di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia negeri Sabah Ratnawaty Talib berharap, masyarakat kawasan Pintasan mengambil tanggungjawab memanfaatkan dan menjaga dengan baik semua kemudahan telekomunikasi di kawasan mereka.
"Banyak sekali manfaat pembangunan dan penyediaan akses telekomunikasi kepada masyarakat. Bayangkan jika ada infrastruktur telekomunikasi yang rosak dan menyebabkan kehilangan akses internet, akan ramai golongan terjejas tidak kira usia dan pekerjaan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
242 kes di Kota Belud itu amat membimbangkan, kerana dua daerah lain yang terdekat iaitu Kota Marudu dan Tuaran mencatat jumlah kes yang rendah. - Gambar hiasan
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Sabah catat 1,915 kes kecurian kabel, Kota Belud daerah tertinggi
242 kes di Kota Belud itu amat membimbangkan, kerana dua daerah lain yang terdekat iaitu Kota Marudu dan Tuaran mencatat jumlah kes yang rendah.
Kecurian kabel di Stadium Perak: Polis sahkan tiada unsur sabotaj
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata walau bagaimanapun siasatan berkenaan kejadian itu masih lagi diteruskan.