Sabah dan Sarawak akan bekerjasama mencari penyelesaian yang adil ke atas cukai pelancongan dengan kerajaan Persekutuan, kata Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan Datuk Masidi Manjun.
"Sabah berkongsi pandangan yang sama seperti Sarawak bahawa ada sedikit atau tiada rundingan dengan kedua-dua kerajaan negeri (Sabah dan Sarawak) sebelum enakmen undang-undang ke atas cukai pelancongan dilaksanakan.
"Sabah akan terus bekerjasama dengan Sarawak untuk mencari titik persamaan dalam penglibatan dengan kerajaan persekutuan untuk mencari penyelesaian adil dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Masidi berkata, semasa cukai pelancongan dicadangkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tahun lepas, kerajaan negeri telah membantah cadangan itu dan memaklumkan pihak berkuasa persekutuan berkaitan kebimbangan mereka.
Beliau berkata Sarawak juga membantah cadangan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga telah memaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semasa lawatan beliau ke Kota Kinabalu awal tahun ini.
"Kedua-dua Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bekerjasama dalam mendapat persetujuan ke atas cukai pelancongan yang dicadangkan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan persekutuan meneruskan untuk menggubal Akta Cukai Pelancongan 2017 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat awal tahun ini.
Masidi berkata perkara berkenaan telah mewujudkan dinamik baru dan cabaran baru bagi Kerajaan Negeri.
Kerajaan Sabah, katanya, akan membincangkan dan memutuskan pendirian mereka terhadap Akta Cukai Pelancongan 2017 pada mesyuarat Kabinet akan datang.
Bagaimanapun, beliau berkata, penarikan wakil Sarawak daripada Lembaga Pengarah Lembaga Pelancongan Malaysia (MTB) telah disalahtafsirkan sebagai menarik diri daripada rejim cukai pelancongan.
“MTB tidak membuat keputusan ke atas dasar pelancongan atau undang-undang yang berhubung dengan pelancongan. Ia adalah kerja pemasaran atau promosi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan," katanya.
Astro Awani
Wed Jun 14 2017
Masidi berkata, semasa cukai pelancongan dicadangkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tahun lepas, kerajaan negeri telah membantah cadangan itu dan memaklumkan pihak berkuasa persekutuan berkaitan kebimbangan mereka.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.