awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah ketiga tertinggi dalam pengambilan alkohol

Bernama
Bernama
12/05/2013
03:45 MYT
Sabah ketiga tertinggi dalam pengambilan alkohol
Sabah mencatatkan pengambilan alkohol ketiga tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 18.4 peratus selepas Kuala Lumpur (20.3 peratus) dan Sarawak (19.7 peratus).
Menurut Ketua Penolong Pengarah Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Sabah Dr Nirmal Kaur, statistik itu berdasarkan kajian pada Ogos 2011 hingga Julai 2012 oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS).
Beliau berkata kajian mendapati bahan alkohol sering ditemui dalam kebanyakan makanan dan minuman tradisi masyarakat di negeri ini dan menjadi kegemaran kira-kira 95 peratus daripada masyarakat Sabah berumur 20 hingga 60 tahun.
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sukatan pengambilan alkohol yang sepatutnya bagi mengelak penyakit tidak berjangkit tidak lebih daripada dua gelas minuman.
"Segelas minuman alkohol menyamai satu tin bir, 70ml 'montoku' (sejenis minuman tradisi masyarakat Kadazandusun), 100ml tapai atau 40ml whisky atau brandy," katanya kepada pemberita selepas Seminar Kumpulan Tindakan Mengatasi Masalah Penggunaan Alkohol dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri di sini Sabtu.
Dr Nirmal berkata pengambilan alkohol secara berlebihan membawa risiko penyakit tidak berjangkit tetapi memudaratkan kesihatan dalam tempoh panjang seperti serangan sakit jantung, kencing manis, strok, kanser dan kerosakan hati.
Topic Berkaitan
#alkohol
#Dr Nirmal Kaur
#Jabatan Kesihatan Sabah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan