KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek perintis bas elektrik hujung tahun ini di bandar raya Kota Kinabalu sebagai usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Datuk Jafry Ariffin.
Beliau berkata bas berkuasa elektrik atau e-Bus itu akan menjadi alternatif yang berdaya maju untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang bersih dan memastikan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul untuk masa depan.
"Jumlah kenderaan di jalan raya Sabah semakin meningkat dan tiada siapa yang mampu menyangkal kenyataan bahawa pelepasan karbon daripada kenderaan konvensional menyumbang kepada perubahan iklim.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Qhazanah Sabah Berhad (QSB) kerana mengambil inisiatif memperkenalkan e-Bus di Kota Kinabalu," katanya berucap pada majlis pelancaran pengenalan e-Bus di Wisma Tun Fuad, di sini semalam.
Ucapan beliau disampaikan Pembantu Menteri Datuk Joniston Bangkuai dan hadir sama Pengarah Eksekutif QSB Mohd Shukor Abdul Mumin.
Jafry berkata Sabah mengambil langkah pertama dalam merintis pengangkutan awam mesra alam dengan pengenalan e-Bus dan berterima kasih kepada QSB, cabang pelaburan strategik kerajaan negeri.
Pengenalan e-Bus tersebut adalah hasil kolaborasi antara QSB dan Gemilang Coachwork Sdn Bhd, pengeluar bas elektrik serta badan bas aluminium terkemuka di Asia.
Ia dijangka beroperasi sebaik sahaja proses koordinasi dengan pihak berkuasa dimuktamadkan bagi menampung pergerakan penduduk yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu.
Selain menyediakan perjalanan mesra alam, e-Bus dengan kapasiti sehingga 66 penumpang itu mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda memandangkan ia dilengkapi dengan tanjakan bagi menaiki kenderaan.
Sementara itu, Mohd Shukor berkata apabila e-Bus memulakan projek rintis tersebut, Sabah akan selangkah ke hadapan dalam memanfaatkan tenaga bersih bagi menggerakkan pengangkutan awamnya.
Katanya e-Bus membantu mempromosikan gaya hidup yang lebih lestari dari segi ekologi di samping mengurangkan pelepasan karbon ke alam sekitar.
"Kami di QSB memacu inovasi secara berterusan melalui pelaburan strategik kami dan membantu kerajaan negeri dalam memajukan Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Bas Elektrik milik Qhazanah Sabah Berhad yang dilancarkan di Kota Kinabalu, 12 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Komitmen global GVT ke arah kelestarian alam
Bagi memperkasa sektor tenaga hijau negara, syarikat pengedar kenderaan EV tempatan, Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd (GVT) mengorak langkah menguasai pasaran bas elektrik.
Operasi percubaan bas elektrik Taiping bermula 1 Mei
Bas elektrik (EV) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan beroperasi bagi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.
Sabah lancar projek perintis bas elektrik, percuma kepada orang awam
e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan OKU atas kerusi roda.
Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050
DBKL telah membuat tempahan 60 buah bas elektrik penuh daripada pengeluar bas, SKSBus, yang akan diperolehi secara berperingkat.
Sabah lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini
Ia akan menjadi alternatif yang berdaya maju dan memastikan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul.
Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini
Di bawah projek itu, WHS yang juga cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah, dijangka menerima 100 hingga 200 unit bas elektrik tersebut.
Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.
Medan Quantum labur RM20 juta bagi projek pembuatan bas elektrik
Pelaburan itu akan digunakan untuk menghasilkan prototaip, membeli robot (robotic arms) , komputer dan mesin berteknologi tinggi
Bas hidrogen di Kuching bukan mimpi, tapi realiti
Penggunaan bas elektrik dan hidrogen di Sarawak bukan sekadar mimpi kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Sarawak bakal ada stesen minyak 3 dalam 1
Tidak cukup dengan perkhidmatan bas hidrogen dan bas elektrik, Sarawak sedang merancang wujudkan stesen minyak tiga dalam satu.