awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak bakal ada stesen minyak 3 dalam 1

Rohana Wahed
Rohana Wahed
24/03/2019
07:28 MYT
Sarawak bakal ada stesen minyak 3 dalam 1
Dengan adanya stesen pengisian gas hidrogen ini kelak, ia sekali gus menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang dilengkapi stesen khas itu.
Satu demi satu kemajuan dan pembaharuan dapat dilihat berlaku di negeri Bumi Kenyalang ketika ini.
Tidak cukup dengan perkhidmatan bas hidrogen dan bas elektrik, negeri terbesar di Malaysia ini juga sedang merancang wujudkan stesen minyak tiga dalam satu.
Perancangan pembinaan stesen yang dilengkapi dengan pam minyak, gas hidrogen dan tempat cas tenaga elektrik ini bagaimanapun masih berada di peringkat awal.
Ia bakal melibatkan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Syarikat Petroleum Sarawak (Petros).
Ketika ini, projek membangunkan stesen pengisian gas hidrogen itu kini sedang dibangunkan oleh SEB di Kuching.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, usaha tambah baik perkhidmatan awam di negeri itu selaras dengan kemajuan Revolusi Industri 4.0.
“Perkara ini sedang kita bincangkan In Shaa Allah tidak lama lagi kerjasama SEDC dan Petros akan diadakan untuk kita wujudkan stesen 3 dalam satu,” katanya.
Dengan adanya stesen pengisian gas hidrogen ini kelak, ia sekali gus menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang dilengkapi stesen khas itu.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#bas elektrik
#bas hidrogen
#kerjasama SEB dan Petros
#Sarawak
#Stesen minyak tiga dalam satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan