awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah mahu bawa pelancong dari Singapura melalui gelembung pelancongan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
31/03/2021
21:51 MYT
Sabah mahu bawa pelancong dari Singapura melalui gelembung pelancongan
Gunung Kinabalu yang terletak di Daerah Kota Belud menjadi ikon Negeri di Bawah Bayu itu. - Foto fail
KOTA BELUD: Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pelancong dari Singapura menerusi pendekatan gelembung perjalanan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata pihaknya sedang menunggu keputusan jemaah menteri mengenai perkara itu.
Malah beberapa perbincangan akan dilakukan dengan pihak berkepentingan, katanya lagi.
"Kita masih menunggu keputusan kerajaan negeri, perbincangan telah dijalankan bersama-sama dengan pihak resort untuk kalau boleh bawa satu kaedah perjalanan yang selamat secara berasingan dari Singapura terus ke Kota Kinabalu dan juga ke Pulau Mantanani.
"Perundingan sedang berjalan, saya di pihak kementerian tengah memperhalusi dengan pemegang saham, pihak airport dan sebagainya untuk kalau boleh kita perketatkan dan mengikut apa juga prosedur operasi standard (SOP).
"Selepas itu kita akan bincang dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan pihak Kementerian Luar... di Singapura nanti, kita akan berbincang juga... kemungkinan selepas Hari Raya nanti (boleh dilaksana)," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Pelancaran Premium Chalets di Sutera@Mantanani anjuran Sutera Harbour Resort, Pulau Mantanani, Kota Belud, pada Rabu.
Hadir sama Ketua Pengarah Eksekutif Sutera Harbour Resort, Gilbert Ee.
Aktiviti gelembung perjalanan (travel bubble) mampu meningkatkan impak dan potensi pelancongan di negeri ini, kata Jafry.
Topic Berkaitan
#Sabah
#travel bubble
#gelembung pelancongan
#Jafry Ariffin
#pelancong Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan