KUALA LUMPUR: Sabah perlu membangunkan sumber tenaga tambahan bagi menampung permintaan industri yang memerlukan bekalan tenaga elektrik tinggi untuk beroperasi, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata, buat masa ini kira-kira 89 peratus penjanaan tenaga di Sabah adalah berasaskan gas asli dan rizab tenaga di negeri itu kini agak membimbangkan dengan hanya sekitar 11 peratus berada di bawah paras ideal rizab, iaitu 30 peratus.
Menurutnya, cabaran kekurangan tenaga di Sabah bagi menampung permintaan industri itu sebenarnya merupakan satu peluang untuk memperkasakan dan memperluaskan peluang pelaburan sektor tenaga di negeri tersebut.
"Memandangkan pada ketika ini, loji jana kuasa berasaskan bahan api arang batu tidak termasuk dalam pilihan tenaga di Sabah, maka sumber tenaga baharu atau teknologi baharu termasuk tenaga hijau perlu diteroka dan diangkat sebagai pilihan utama untuk penyelesaian jangka masa panjang.
"Antara sumber tenaga boleh baharu yang sedang dalam penelitian adalah hidroelektrik, angin, solar dan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC)," katanya.
Liew berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada sidang khas Dewan Negara di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan perancangan semasa yang digariskan dalam Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dilancarkan pada 19 September, menjelang 2030, penjanaan tenaga boleh baharu dalam Grid Sabah dijangka meningkat sekitar 1,000 megawatt (MW) atau 50 peratus daripada jumlah kapasiti penjanaan.
"Ini adalah pencapaian yang baik berbanding dengan kebergantungan lebih 90 peratus kepada sumber tenaga fosil ketika ini," tambahnya.
Sementara itu, Liew berkata, Sabah berpotensi tinggi untuk membangunkan industri hiliran kelapa sawit, biojisim dan biogas memandangkan negeri tersebut adalah wilayah terbesar yang mengeluarkan minyak sawit di Malaysia.
"Sabah mempunyai kelebihan dari segi tenaga kerja, lokasi dan kadar kos kilang yang strategik.
"Dengan tambahan jana kuasa yang baharu, Sabah boleh menjadi destinasi pelaburan yang baharu di negara ini dan ini akan mengubah landskap ekonomi dan seterusnya memakmurkan rakyat negeri Sabah," katanya.
Menurutnya, MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa berusaha untuk menarik pelaburan ke dalam negara termasuk ke Sabah berdasarkan kekuatan dan kesesuaian ekosistem setempat.
MITI dan MIDA bersama kerajaan negeri Sabah kini sedang bekerjasama merangka strategi melonjakkan ekonomi negeri dengan memberi fokus kepada empat strategi utama, iaitu pembangunan infrastruktur moden, keperluan tenaga sebagai peneraju pelaburan tenaga bersih, pelaburan dalam industri hijau dan strategi hiliran industri tempatan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Menurut Liew, cabaran kekurangan tenaga di Sabah bagi menampung permintaan industri merupakan satu peluang untuk memperkasakan dan memperluaskan peluang pelaburan sektor tenaga di negeri tersebut. - Gambar fail/Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Petugas SESB bertungkus lumus baiki menara ERS di Ranau - Madius
Menurut Madius sekiranya dua menara itu tidak dibaiki dan tumbang, pantai timur Sabah akan berdepan dengan defisit bekalan tenaga yang kritikal.
Sabah perlu bangunkan sumber tenaga tambahan untuk tampung permintaan tinggi industri
Sabah perlu membangunkan sumber tenaga tambahan bagi menampung permintaan industri yang memerlukan bekalan tenaga elektrik tinggi untuk beroperasi.
Malaysia punyai sumber mencukupi untuk bina lebih banyak loji jana kuasa turbin gas - Pakar
Malaysia mempunyai jumlah sumber asli mencukupi untuk membina lebih banyak loji jana kuasa turbin gas bagi menyediakan permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di Malaysia.