KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan untuk membeli vaksin COVID-19 sendiri bagi menampung kekurangan sementara bekalan itu di negeri tersebut.
Sambil menyatakan bekalan vaksin ke Sabah mencukupi, Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat sebagai persediaan kepada sebarang gangguan bekalan vaksin yang boleh menjejaskan usaha negeri itu mencapai imuniti kelompok.
Menurutnya, kerajaan negeri mengambil maklum bahawa mengikut sumber-sumber yang sahih, ada kemungkinan bekalan vaksin Pfizer akan mengalami gangguan pengeluaran yang memberi impak kepada negara-negara yang menggunakan vaksin berkenaan dan Malaysia juga tidak terkecuali.
"Kerajaan negeri akan meminta syarikat milik Kerajaan (GLC) menggunakan sebahagian daripada keuntungan untuk membeli vaksin bagi kakitangan serta pekerja mereka dan selebihnya didermakan secara percuma kepada rakyat.
"Kerajaan negeri melalui GLC bersedia membeli vaksin sekiranya terdapat kekurangan bekalan bagi memastikan semua penduduk memperolehi vaksin dengan kadar segera. Perbelanjaan pembelian vaksin ini akan ditolak daripada jumlah dividen tahunan yang lazimnya dibayar oleh GLC kepada kerajaan negeri setiap tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Dalam masa sama, Masidi memaklumkan, GLC seperti Qhazanah Sabah Sdn Bhd telah dilantik oleh Pharmaniaga Bhd sebagai wakil penjualan vaksin Sinovac di Sabah.
Malah, katanya, Pharmaniaga memunyai kemudahan penyimpanan vaksin di Kota Kinabalu dengan kapasiti pengeluaran Sinovac di kilang Pharmaniaga di Kuala Lumpur ialah empat juta dos sebulan.
Sehubungan itu, mana-mana syarikat-syarikat di Sabah yang berhasrat untuk membeli sendiri vaksin untuk pekerja-pekerja mereka boleh menghubungi terus Qhazanah Sabah di Kota Kinabalu.
"Kerajaan negeri memberi jaminan pemberian vaksin secara percuma kepada semua penduduk Sabah. Cadangan menggalakkan syarikat-syarikat besar untuk menderma vaksin kepada pekerja mereka ialah bagi mempercepatkan imuniti kelompok dan dalam masa sama pemulihan ekonomi negeri kita," katanya.
Selain itu, mengulas mengenai pemberian vaksin di Sabah , sehingga semalam 42 peratus penduduk negeri itu telah memperoleh satu dos dan 18.4 peratus sudah melengkapi dua dos.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah turut memaklumkan, pencapaian pemberian vaksin di setiap daerah juga berbeza.
“Sebagai contoh, daerah Beaufort 50.7 peratus penduduk melengkapi pengambilan dua dos vaksin, tetapi ada juga beberapa daerah yang mana pencapaian mereka kurang daripada 12 peratus. Kabinet telah mengarah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) menyiasat punca prestasi imunisasi yang rendah ini seterusnya mengambil tindakan segera.
“Pengerusi CITF (Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19) di setiap daerah telah diarah melaksanakan gerakan imunisasi untuk mencapai kuota imunisasi harian yang telah ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin memberi taklimat dalam mesyuarat Kabinet negeri dengan memperincikan lima pendekatan mendepani COVID-19 di Sabah.
i) meningkatkan peratusan vaksinasi dalam kalangan penduduk negeri Sabah sehingga mencapai imuniti kelompok sebelum bulan Oktober 2021.
ii) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan lagi kaedah utama untuk menghentikan penularan jangkitan COVID-19.
iii) Menerima hakikat bahawa kita perlu hidup bersama COVID-19 dalam tempoh yang lama dan norma baharu menjadi amalan dalam kehidupan harian.
iv) Mengambil langkah2 dan dasar baharu yg mengimbangi hidup dan tuntutan kehidupan (balancing lives and livelihoods) bagi membolehkan ekonomi Sabah pulih seperti sedia kala dengan pematuhan norma baharu.
v) Kejayaan pendekatan dan dasar baharu ini banyak bergantung kepada kerjasama rakyat untuk mematuhi semua SOP dan norma kehidupan seharian yang baharu.
Sehubungan itu, kata Masidi, kerajaan negeri bersetuju dengan pendekatan baharu yang dicadangkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Eleanor Michelle Patrick
Wed Aug 11 2021
Ia sebagai persediaan kepada sebarang gangguan bekalan vaksin yang boleh menjejaskan usaha negeri itu mencapai imuniti kelompok. - Gambar fail
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.
Vietnam kemas kini pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan kes COVID-19 meningkat
Hanoi mengemas kini panduan COVID-19 dengan meminta orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan pada Rabu.
Lubnan lancar kempen vaksinasi untuk tangani taun
Wabak taun yang berlaku ketika ini mencerminkan kemerosotan ekonomi dan akses yang lemah kepada air bersih dan perkhidmatan sanitasi.
Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
Thailand mansuh pendaftaran pra-ketibaan
Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.