KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu COVID-19 hari ini iaitu Kluster Kayu Patikang, yang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja di sebuah kilang pemprosesan kayu balak di Keningau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kes indeks bagi kluster itu ialah seorang kanak-kanak perempuan bukan warganegara berumur empat tahun yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau.
"Saringan kontak di lapangan mendapati 16 lagi kes dengan keputusan positif RTK-Antigen semalam (10 Julai). Pada tarikh yang sama, dua lagi kes positif RTK-Antigen dilaporkan oleh Pusat Kuarantin Sementara, IPG (Institut Pendidikan Guru) Keningau melalui saringan seumpamanya.
"Setakat hari ini, daripada 88 kontak yang disaring, terdapat 19 kes positif termasuk 18 kes baharu," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Masidi yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, secara keseluruhan negeri itu mencatatkan 271 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 72,313 kes, manakala seramai 245 orang sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh sebanyak 69,351 orang setakat ini.
Beliau berkata seramai 1,911 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 393 orang di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) (1,501 orang) serta pusat tahanan sementara dan penjara (17).
Mengulas perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sabah, Masidi berkata sehingga hari ini seramai 705,178 rakyat negeri itu telah menerima suntikan vaksin menerusi program berkenaan.
Daripada jumlah itu, Masidi berkata 409,445 individu adalah penerima suntikan dos pertama manakala selebihnya iaitu 295,733 orang, telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan.
Jumlah rakyat Sabah mendaftar sebagai penerima vaksin turut meningkat kepada 939,380 orang atau 34.1 peratus dengan 5,830 daripadanya adalah pendaftaran baharu yang direkodkan hari ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021
Datuk Masidi Manjun berkata kes indeks bagi kluster itu ialah seorang kanak-kanak perempuan bukan warganegara berumur empat tahun yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Tiga maut terkena renjatan elektrik ketika pasang panel solar
Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sebuah bangunan pejabat di sini, pada Jumaat.
Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
Sabah rancang tubuh Pusat AI, inisiatif sokong ekosistem digital - Exco
Sabah merancang untuk menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) sebagai antara inisiatif menyokong ekosistem digital di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.
Ibu maut, anak putus kaki digilis kereta api
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas di Putatan pada Selasa.
Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.