KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bertindak menyekat kemasukan semua individu dari negara India, Perancis, Amerika Syarikat, Afrika dan Brazil yang berkuatkuasa esok.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu adalah bagi mencegah kemasukan varian baharu (VoC) oleh Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, pengecualian masuk ke negeri Sabah adalah diberikan kepada rakyat negeri ini dan pasangan suami isteri serta anak kepada rakyat Sabah sahaja.

"Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu menurutnya, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India  dalam tempoh 14   hari  adalah tidak dibenar menjalani prosedur 'signoff' di Sabah.

"Terkecuali kepada kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani perintah kurantin wajib 14 hari di stesen kuarantin diwartakan.

"Arahan ini berkuatkuasa pada 28 April 2021 (esok), "katanya.