awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual

Bernama
Bernama
29/07/2024
14:49 MYT
Sabah siasat dakwaan tanah hutan simpan diiklankan untuk dijual
Hajiji berkata pada masa ini pihaknya belum mendapat maklumat lanjut berhubung perkara itu. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan menyiasat dakwaan terdapat kawasan hutan hujan di negeri itu diiklankan untuk dijual di laman sosial.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pada masa ini pihaknya belum mendapat maklumat lanjut berhubung perkara itu.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai khususnya rakyat Sabah supaya tidak mudah terpengaruh mahupun terlalu percaya dengan sebarang maklumat disebarkan menerusi media sosial tanpa penjelasan daripada agensi atau jabatan kerajaan berkaitan.
"Dalam pautan media sosial ini banyak yang temberang dan juga buat fitnah. Saya harap orang ramai jangan terlampau percaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik Ke-12 Jabatan Pendidikan Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu pautan tular dimuat naik dalam sebuah platform media sosial Jumaat lepas, yang mendakwa terdapat senarai tanah di kawasan hutan hujan seluas 80,000 hektar membabitkan Sabah dan Sarawak diiklankan untuk dijual di laman sesawang jual beli.
Pautan itu dimuat naik oleh sebuah badan mendakwa sebagai pemerhati bebas serantau yang menjalankan penyelidikan serta analisis mengenai isu berkaitan iklim.
Sementara itu, Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan dilaporkan berkata Jabatan Perhutanan negeri akan menyiasat dakwaan dua hutan simpan diiklankan untuk dijual di negeri ini, selain menasihati orang ramai supaya menghubungi jabatan itu berhubung sebarang perkara berkaitan hutan simpan.
Frederick turut menyifatkan perbuatan itu sebagai 'menyedihkan' dan dilakukan dengan niat untuk menipu bakal pelabur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#fitnah
#pendidikan
#bakal pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan