KUALA LUMPUR: Sabah FC terus memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pemburuan mahkota kejuaraan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Pemain import dari Korea Selatan, Tae-su Park muncul wira Skuad Sang Badak apabila memanfaatkan sepakan percuma dari jarak jauh Jackson De Souza untuk menanduk masuk jaringan kemenangan pada minit ke-62 sekali gus membantu pasukan meraih tiga mata berharga.
Kejayaan itu menyaksikan Sabah bimbingan bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua dengan kurang dua aksi berbanding Negeri Sembilan.
Di kedudukan ketiga, Negeri Sembilan mengumpul 20 mata selepas 12 perlawanan sementara JDT yang baru mengharungi sembilan perlawanan selesa di tangga teratas persada liga dengan 23 mata dan berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan kali kesembilan berturut-turut.
Sementara itu, pasukan tuan rumah Terengganu FC (TFC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan kedua tercorot Sri Pahang FC 2-1 dalam satu lagi aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.
Skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit pertama hasil penyudah penyerang import kelahiran Liberia Kpah Sherman, namun skuad Tok Gajah hampir menyamakan kedudukan empat minit berselang tetapi sepakan percuma Kevin Ingreso sedikit tersasar.
TFC semakin selesa di depan menghampiri masa penuh selepas pemain sayap kebangsaan Faisal Abdul Halim menyumbat gol kedua pasukan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80 selepas beliau dijatuhkan dalam kotak penalti.
Bagaimanapun Sri Pahang bangkit merapatkan jurang pada minit ke-86 selepas Abdul Malik Mat Ariff berjaya melepasi perangkap ofsaid tetapi gagal menambah jaringan sekali gus terpaksa akur tewas 1-2 dan ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut skuad kendalian Christophe Gamel.
Sementara itu, dalam aksi Liga Premier menyaksikan PDRM FC bangkit daripada kekalahan minggu lalu selepas mengatasi pasukan tercorot Perak FC 2-0 pada perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, di sini malam tadi.
Dua jaringan PDRM FC masing-masing disumbangkan Mohamad Azmi Muslim pada minit ke-62 dan Milos Lacny pada minit ke-80 untuk membantu pasukan mencatat kemenangan keempat musim ini. PDRM FC di kedudukan keenam dengan mengumpul 14 mata selepas 11 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Pemain Negeri Sembilan Matheus Alves (dua, kanan) dikawal oleh pemain Sabah FC Tommy Mawat pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam tadi. --fotoBERNAMA
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.