awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah teruskan operasi pembenihan awan jika kemarau berlanjutan - Hajiji

Bernama
Bernama
04/04/2024
07:56 MYT
Sabah teruskan operasi pembenihan awan jika kemarau berlanjutan - Hajiji
Hajiji (lima, kiri) pada majlis penyampaian kuih-muih Hari Raya kepada anggota keselamatan dan petugas kesihatan di Menara Kinabalu hari ini. -Foto Jabatan Ketua Menteri Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan meneruskan operasi pembenihan awan (OPA) sekiranya cuaca panas dan kemarau berpanjangan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata OPA akan dilakukan dari semasa ke semasa sehingga ia boleh membantu mengurangkan bebanan bekalan air di beberapa kawasan di negeri itu.
"Ia (OPA) bergantung kepada jenis awan kerana tidak semua awan boleh hasilkan hujan dan ini terpulang kepada mereka yang pakar," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuih-muih Hari Raya kepada anggota keselamatan dan petugas kesihatan di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Beliau berkata demikian diminta mengulas mengenai sama ada Sabah akan meneruskan operasi pembenihan awan seperti dilaksanakan di beberapa daerah sebelum ini.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Hajiji berkata OPA yang dilaksanakan penghujung bulan lepas menghasilkan kesan positif dalam usaha dan iktiar kerajaan negeri untuk menghadapi bencana kemarau.
Pada 28 Mac lepas, operasi pembenihan awan telah dijalankan selama tiga hari di tiga daerah terjejas kemarau di Sabah iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan susulan cuaca panas.
Sementara itu Hajiji berkata kerajaan Sabah menghargai jasa pasukan keselamatan yang sentiasa berkorban masa, jiwa dan raga demi memelihara keselamatan negara bagi memastikan negara aman dan tenteram sekali gus membolehkan rakyat hidup dalam keadaan selamat, sejahtera, rukun serta damai.
Dengan keamanan dinikmati, bukan sahaja rakyat bahkan kerajaan Sabah juga dapat beroperasi dengan lancar dalam usaha membangunkan negeri terutama untuk menjayakan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, katanya.
Justeru, Ketua Menteri berkata majlis penyerahan kuih-muih sempena Aidilfitri kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan itu dianjurkan setiap tahun sebagai ingatan terhadap pengorbanan besar anggota barisan hadapan termasuk di perbatasan demi menjaga keamanan dan ketenteraman sepanjang musim perayaan.
Tahun ini, Hajiji berkata sebanyak 15 pasukan keselamatan dan petugas kesihatan menerima sumbangan kuih-muih, termasuk dua penerima baharu iaitu Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah.
Sebanyak 33 agensi kerajaan terdiri daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi negeri serta Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan, Badan Berkanun dan badan bukan kerajaan terlibat dalam pembungkusan dan penyerahan kuih muih itu, katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#bekalan air
#cuaca panas
#operasi pembenihan awan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan