awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah tidak tutup 3 kompleks beli belah tersenarai dalam HIDE

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
09/05/2021
15:26 MYT
Sabah tidak tutup 3 kompleks beli belah tersenarai dalam HIDE
Masidi berkata, penutupan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dan selepas penilaian risiko dibuat. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak melaksanakan penutupan tiga kompleks beli belah yang tersenarai sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) di daerah ini untuk tujuan sanitasi.
Sebaliknya, tiga kompleks beli belah terbabit iaitu Kompleks Suria Sabah, Karamunsing dan Centre Point dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penutupan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dan selepas penilaian risiko dibuat.
"Berikutan maklumat tular berkaitan tiga kompleks beli belah yang disenaraikan di bawah HIDE semalam, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak melaksanakan penutupan kompleks berkenaan selama tiga hari untuk tujuan sanitasi.
"Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membuat kawalan di pintu-pintu masuk dan memastikan bilangan pengunjung yang memasuki premis-premis ini tidak melebihi kapasiti dibenarkan," katanya di sini, hari ini.
Semalam, tular satu mesej mendakwa tiga kompleks terbabit disenaraikan di bawah HIDE sebagai langkah berjaga-jaga pandemik COVID-19 susulan kehadiran ramai orang yang membeli belah keperluan Aidilfitri sejak beberapa hari lalu.
Masidi ketika mengulas lanjut berkata, orang ramai yang mengunjungi mana-mana pusat beli belah dinasihatkan untuk terus meningkatkan pematuhan SOP.
"Pendaftaran nama, memakai pelitup muka, penjarakan fizikal serta membasuh tangan dan menggunakan pensanitasi perlu diamalkan dari masa ke semasa," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, jumlah kes positif COVID-19 baharu di Sabah hari ini adalah 61 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,857 kes, dengan tiada kematian direkodkan.
Topic Berkaitan
#Sabah
#COVID-19
#pusat beli belah
#HIDE
#dibenar beroperasi
#tidak ditutup
#Masidi Manjun
#Kompleks Suria Sabah
#Karamunsing
#Centre Point
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan