KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM154,835,981 juta membabitkan bantuan tunai one-off RM300 dan bakul makanan bagi membantu rakyat terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bermula 1 Jun lalu.
Bantuan one-off RM300 melibatkan jumlah RM120,469,481 dan bantuan bakul makanan bernilai RM34,366,500 juta.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665.
Katanya, Bantuan Sabah Prihatin 3.0 itu adalah bantuan tambahan kepada RM238,369,318 juta yang sudah diagihkan menerusi Bantuan Sabah Prihatin 1.0 dan 2.0, sejak hujung tahun lalu.
“Mesyuarat Kabinet Negeri. pada 9 Jun 2021 telah memutuskan pemberian Bantuan Khas 3.0 COVID-19. Bantuan Kerajaan Negeri ini adalah tambahan kepada pelbagai jenis bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat baru- baru ini termasuk Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM2.1 bilion serta Geran Khas Prihatin sebanyak RM1.5 bilion kepada perusahan kecil dan sederhana (PKS).
“Dengan penambahan bantuan 3.0 ini, secara keseluruhannya sejumlah RM358,838,800 juta termasuk bantuan awal (bantuan 1.0 dan 2.0) telah dan akan diagihkan kepada rakyat yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik ini. Saya berharap bantuan ini (Bantuan Sabah Prihatin 3.0) akan membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mendengar Taklimat Pengurusan Keselamatan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini pada Khamis.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai oneoff RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.
Katanya, Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.
Astro Awani
Thu Jun 10 2021

Hajiji berkata, bantuan one-off RM300 melibatkan jumlah RM120,469,481 dan bantuan bakul makanan bernilai RM34,366,500 juta. - Gambar fail
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali [LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699841768_AlShifahospital.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk.

PRK Kemaman: Saya bukti hidup DAP bukan parti rasis, anti-Islam - Rara
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau adalah bukti hidup DAP bukanlah sebuah parti rasis dan anti-Islam, seperti didakwa pembangkang.

Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.

Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar
Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.

Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Teknologi AI bantu atasi kekurangan pakar keselamatan siber - Fahmi
Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh diguna pakai untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar dalam bidang keselamatan siber buat masa ini.

Gajah liar serang kebun di empat kampung Pos Belatim
Beberapa pekebun membabitkan empat perkampungan Orang Asli di Pos Belatim mendakwa berdepan beberapa siri serangan gajah liar yang menceroboh dan memakan hasil tanaman mereka.
![[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus [KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701204479_RuntuhanGudang.jpg)
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.

Sabah umumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 berjumlah RM154 juta
Kerajaan Sabah mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM154,835,981 juta membabitkan bantuan tunai one-off RM300 dan bakul makanan.