awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: EU rangka pakej sokongan keselamatan Artik, tarif AS satu kesilapan - Von der Leyen
Semua perolehan tentera yang dibeku wajib melalui rangka kerja DIPN - PM Anwar
AstroBIZ: Sorakan bola sepak meriah di “Watch Party” Rockafellers
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabotaj negara: Dalang pencemaran sungai boleh didakwa di bawah SOSMA - KPN

Luqman Hariz
Luqman Hariz
23/07/2019
04:59 MYT
Sabotaj negara: Dalang pencemaran sungai boleh didakwa di bawah SOSMA - KPN
Abdul Hamid berkata, ini menjadi sebab mengapa beliau mengarahkan Ketua Polis Selangor untuk turun padang dan mengendalikan kes tersebut sendiri. - Gambar fail
Pihak bertanggungjawab terhadap pencemaran diesel di beberapa sungai di Selangor dan Kuala Lumpur mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, bergantung kepada hasil siasatan, tindakan tersebut boleh dianggap sebagai mensabotaj negara.
“Sesiapa yang melakukan sabotaj terhadap mana-mana prasarana atau kepentingan (kerajaan), boleh ditangkap di bawah SOSMA dan didakwa di bawah undang-undang paling serius.
“Insiden ini menjejaskan 4 ke 5 juta orang. Jadi saya tidak akan teragak-agak dalam kes ini,” katanya.
Abdul Hamid berkata, ini menjadi sebab mengapa beliau mengarahkan Ketua Polis Selangor untuk turun padang dan mengendalikan kes tersebut sendiri.
Hampir 1.2 juta akaun pelanggan terjejas dengan pencemaran diesel di sungai di tujuh wilayah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Setakat jam 6 pagi Selasa, pemulihan bekalan air secara berperingkat di kawasan yang terlibat sudah mencapai tahap 77 peratus.
Topic Berkaitan
#air
#Ketua Polis Negara
#Kuala Lumpur
#pencemaran diesel
#siasatan
#SOSMA
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan