awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah! Rio Haryanto sekarang pemandu F1 Manor Racing bagi 2016

Astro Publication
Astro Publication
22/02/2016
01:45 MYT
Sah! Rio Haryanto sekarang pemandu F1 Manor Racing bagi 2016
Seperti yang telah kami andaikan seawal bulan Disember tahun lepas, Manor Racing minggu lepas telah mengesahkan bahawa pelumba daripada Indonesia Rio Haryanto sekarang menjadi pemandu bagi pasukan lumba F1 tersebut.
Berita ini adalah satu perkara besar memandangkan Rio menjadi pelumba pertama daripada Indonesia yang berjaya mendapat tempat di dalam dunia F1 yang mencabar. Anak muda berumur 23 tahun ini pada tahun lepas berlumba di dalam siri GP2 – dengan pencapaian agak membanggakan dengan beberapa kedudukan podium.
Welcome to the team, Rio! Looking forward to seeing you in the MRT05 next week @Circuitcat_eng pic.twitter.com/Sx9NVrxuxo
— Manor Racing (@ManorRacing) February 18, 2016
Beliau juga sebelum ini pernah berpeluang memandu jentera F1, tetapi hanya sebagai pemandu uji untuk pasukan Manor pada tahun lepas. Bagi musim 2015 yang baharu tamat, Manor F1 diwakili oleh Will Stevens dan Roberto Merhi (dan bagi beberapa perlumbaan, Alexander Rossi menggantikan Roberto). Bagi musim 2016, pasukan Manor akan beroperasi dengan semangat baharu. Rio akan memandu bersama Pascal Wehrlein, seorang warga Jerman yang mempunyai reputasi tinggi sebagai juara DTM 2015.
Kejayaan Rio Haryanto mendapat tempat sebagai pemandu tetap di Manor bagi musim 2016 tidak datang dengan mudah. Mengikut apa yang kami dengar, terdapat kemungkinan wang pembiayaan yang dijamin oleh pihak pemerintah negara tersebut yang bernilai setinggi €15 juta tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Namun, nampaknya isu tersebut sudah selesai dan Rio hanya perlu menunggu sehingga sesi ujian rasmi pra-musim pertama bermula pada 22 Februari di litar Catalunya, Sepanyol untuk mula memandu jentera MRT05 dengan enjin Mercedes itu.
Tahniah, Rio!
Imej: Laman Facebook Rio Haryanto
Topic Berkaitan
#
# Manor
# Rio Haryanto
#F1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan