awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin jamin kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul diberi perhatian

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/08/2025
03:15 MYT
Saifuddin jamin kebajikan keluarga Koperal Mohd Hafizul diberi perhatian
Saifuddin memberi jaminan bahawa kebajikan keluarga Allahyarham akan diberi perhatian sepenuhnya. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan yang terkorban ketika menjalankan tugas menangkap suspek dalam satu kejadian jenayah di Alor Setar, Kedah pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Koperal Mohd Hafizul terkorban ketika bertugas di Alor Setar: Anggota PDRM maut dirempuh dan digilis kenderaan penjenayah semasa cuba menangkap suspek jenayah.
  • Menteri Dalam Negeri zahirkan dukacita dan puji keberanian Allahyarham: Pemergian beliau disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara dan inspirasi kepada pasukan keselamatan.
  • Kebajikan keluarga Allahyarham diberi jaminan penuh: PDRM akan menguruskan pengebumian dengan penghormatan, serta memastikan waris menerima bantuan dan ganjaran sewajarnya.

Beliau berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara, memuji keberanian serta semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh anggota barisan hadapan itu demi keselamatan awam.
“Pengorbanan seperti ini menjadi inspirasi kepada semua barisan anggota keselamatan negara dan mencerminkan nilai-nilai luhur dalam perkhidmatan PDRM,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.
Saifuddin memberi jaminan bahawa kebajikan keluarga Allahyarham akan diberi perhatian sepenuhnya, termasuk penyelesaian segera pembayaran gratuiti, ex-gratia, ganjaran dan sumbangan kepada waris.
"Urusan pengurusan jenazah dan pengebumian juga akan diuruskan PDRM dengan penuh penghormatan," ujarnya.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti Allahyarham dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PDRM atas kesetiaan serta pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan negara terpelihara.
Mohd Hafizul yang maut dirempuh dan digilis kenderaan mewah dinaiki empat penjenayah di Taman Golf di Alor Setar semalam meninggalkan seorang balu dan tiga anak lelaki yang masih kecil.
Topic Berkaitan
#Mohd Hafizul Izham Mazlan
#Saifuddin Nasution Ismail
#PDRM
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan