PUTRAJAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelar dakwaan kononnya agama Islam terancam dan kaum Melayu terbiar di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut membidas tindakan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan setiap kali agenda atau pengumuman kerajaan dibuat, dan mengaitkannya dengan aspek liberal, sekular mahupun Zionis.
"Ada tak di negara kita umat Islam disekat daripada mendirikan solat, menunaikan zakat atau mengerjakan rukun Islam iaitu haji? Tiada satu pun pemerintah melarang. Kalau ada orang Islam tak boleh dan disekat melaksanakan kewajipan fardu, itu (boleh dikatakan) Islam terancam.
"Kita cerita agenda MADANI, dia cerita agenda sekular. Kita cerita noktah kemiskinan, dia kata tak boleh buat sebab ada instrumen zakat. Kita cerita tata kelola baik, dia kata ini agenda liberal...," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini, sebagai menyokong ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berhubung dakwaan Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan.
Anwar dilaporkan meminta pimpinan Islam di bawah Kerajaan Perpaduan supaya memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan dakwaan Islam terancam di bawah pentadbiran kerajaan.
Mengenai konsert Coldplay di ibu negara yang menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat, Saifuddin Nasution secara tegas mengatakan beberapa siri konsert juga pernah diadakan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu antaranya konsert penyanyi Amerika Syarikat, Billie Eilish.
"Bila anjur konsert zaman kita, ini (mereka kata Anwar) tak layak jadi pemimpin, liberal, muflis dan iman setipis bawang. Percayalah, dalam perkara yang kita sedang uruskan, tiada satu momen kita abaikan tumpuan dalam urusan kerajaan ini melainkan memikirkan soal bagaimana nak uruskan kebajikan dan bagaimana nak jamin pembelaan terhadap golongan rakyat khususnya the 'most vulnerable group'," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata kepimpinan PKR di peringkat bawah mendukung penuh keputusan politik yang dibuat Anwar yang juga Presiden PKR dalam menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan parti gabungan lain.
Beliau berkata ia adalah hasil daripada maklum balas yang diterima ketika beliau mengadakan lawatan ke semua negeri kecuali Melaka sebelum Kongres PKR diadakan.
Antara maklum balas lain yang diterima menurut Saifuddin Nasution, termasuk meminta menteri daripada PKR untuk turun padang bertemu ahli dan pimpinan bawah parti sekiranya menghadiri tugasan rasmi di mana-mana negeri.
"Kadang-kadang kita terlepas pandang, ada (negeri) yang kita turun, (jadual) disusun oleh pegawai kementerian, program habis dan kita balik. Sedangkan anggota-anggota parti, cabang dan negeri tertunggu-tunggu.
"Ini ingatan untuk saya dan juga yang lain, lepas ini kita ubah dan kena ubah kerana ia ternyata menghiris perasaan anggota parti di peringkat bawah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Beliau turut membidas tindakan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan setiap kali agenda atau pengumuman kerajaan dibuat. - Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KDN gerak sukarelawan pascabanjir - Saifuddin Nasution
KDN mempunyai kelebihan dari segi aset yang akan mempermudah operasi pembersihan seperti pam air berkuasa tinggi dan meriam air (water cannon).
Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Perhalusi cadangan hukuman tahanan di rumah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap supaya cadangan kerajaan untuk menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah diteliti dan diperhalusi.