awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAINS hantar bantuan lori tangki air kepada penduduk di Kuala Nerus

Bernama
Bernama
05/08/2021
04:31 MYT
SAINS hantar bantuan lori tangki air kepada penduduk di Kuala Nerus
Masalah gangguan bekalan air sejak Isnin itu melibatkan 28,700 akaun di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menghantar sebuah lori tangki berkapasiti 1,200 gelen bagi membantu Syarikat Air Terengganu (SATU) susulan masalah gangguan bekalan air di Kuala Nerus, sejak Isnin lepas.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS Norzita Ismail berkata dua kakitangan dan sebuah lori tangki bergerak ke Terengganu pagi ini bagi membantu syarikat tersebut membuat pengagihan bekalan air ke sebahagian besar daerah Kuala Nerus berikutan paip air di dasar Sungai Terengganu pecah sehingga menyebabkan penutupan sepenuhnya operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Kepong 2.
"Usaha sama ini adalah selaras dengan Memorandum Persefahaman Antara Operator di Malaysia dan semoga dengan bantuan ini, ia dapat meringankan beban pengguna di kawasan yang terkesan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, SAINS mengadakan sesi pelepasan lori tangki itu di Pejabat Operasi SAINS Jempol, dekat sini, pada pukul 10 pagi tadi.
Media melaporkan masalah gangguan bekalan air sejak Isnin itu melibatkan 28,700 akaun di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat hari lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sains
#syarikat air negeri sembilan
#Syarikat Air Terengganu
#gangguan bekalan air
#Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan