Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas produk bengkungnya diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut Sajat, 34 tahun, beliau mengesan perkara ini sejak tahun lalu apabila produk bengkungnya itu dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding harga asli.
"Tentang barangan kita iaitu bengkung, ada dikesan dijual di beberapa web e-dagang serta pusat pemborong. Saya sangat tidak berpuas hati kerana ia beri impak besar terutama kepada pengguna serta pihak stokis.
"Kami dapat aduan ada pengguna cedera apabila guna produk bengkung tiruan ini. Ia adalah sangat berbeza dengan produk original kerana ia lebih berkualiti," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur pada Selasa.
Terdahulu, usahawan itu hadir kira-kira jam 2.30 petang bagi membuat aduan kepada pihak KPDNHEP Kuala Lumpur berhubung kes barangan tiruan membabitkan produknya.
Tambah Sajat, perbezaan ketara pada produk original iaitu dari segi jahitan, tagging serta logo.
"Apabila barang tiruan ini dijual, ia seolah ambil untung atas angin kerana menggunakan nama dan wajah saya. Apa yang saya dapat tahu, produk ini ada yang dijual dengan harga RM39 biar pun harga sebenarnya adalah RM139," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga telah mengambil tindakan pada 2 Mei lalu di dua buah premis di Sungai Udang, Klang dan Chow Kit, Kuala Lumpur kerana dipercayai menjual produk bengkung tiruan miliknya.
"Pengguna diminta untuk tidak terpedaya membeli barang yang murah, jika harga lebih murah, itu adalah tiruan, saya tak mahu ia beri kesan kepada pengguna," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, tindakan lanjut akan diambil termasuk meneliti dokumen berkaitan produk terbabit.
“Kes akan disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.
Sinar Harian
Tue Jun 25 2019
Menurut Nur Sajat, beliau mengesan perkara ini sejak tahun lalu apabila produk bengkungnya itu dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding harga asli. - Gambar fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal - Mohd Na'im
Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar..
Kartel daging import haram: Tiada anggota KPDNHEP terlibat
Tiada anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terlibat dalam kes kartel daging import haram yang dibongkar di Senai, Johor baru-baru ini.
Sajat lapor KPDNHEP, dakwa produk bengkung diciplak
Usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit selepas produk bengkungnya diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kesalahan sijil halal palsu hampir sifar
Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) hampir berjaya mensifarkan kesalahan berkaitan sijil halal palsu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat
JAIPs akan memberi penerangan dari premis ke premis bagi menerangkan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi.