Selepas lebih seminggu kontroversi pemergiannya ke Tanah Suci menjadi perdebatan, usahawan kosmetik, Muhammad Sajat Kamarul Zaman atau Sajat memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Muncul dengan imej bertudung hitam sambil menangis, Sajat turut mengemukakan permohonan maaf bagi pihak ayah dan ibunya yang turut terheret dalam kontroversi itu.
“Saya minta maaf. Bagi pihak mak ayah saya, bagi pihak anak saya. Bagi pihak rakan-rakan saya, saya minta maaf sangat-sangat.
“Apapun saya minta maaf kepada semua jabatan agama, mufti, ustaz, PU, alim ulama, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak ada tujuan apa-apa,” kata Sajat yang ketika membuat pengakuan itu sedang menjamah hidangan.
Permohonan maaf Sajat itu disiarkan secara langsung di Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris pada Sabtu.
Sajat turut ditemani sahabatnya yang juga jutawan produk kesihatan kosmetik, Datuk Seri Alif Syukri yang menenangkannya.
Dalam permohonan maaf itu juga, Sajat mempertahankan dirinya dengan berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat lain selain daripada mahu mendekatkan diri dengan Allah ketika berada di Mekah dan Madinah.
Katanya, kesempatan berada di Mekah dan Madinah juga diambilnya untuk mendalami ilmu agama dan melakukan ibadah yang dianjurkan Islam.
Sajat turut mengakui, selama ini, dia tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama.
"(Semasa di Tanah Suci) saya cukup sembahyang daripada tak tau solat jenazah, sejak Subuh saya buat amal ibadah saja.
"Saya orang yang tak lepas daripada dosa, tak lepas daripada salah... di sana ada keinsafan," luah Sajat lagi.
“Bila saya pergi sana saya cuba nak dapatkan... saya memang nak belajar. Saya nak dekatkan diri dengan Islam.
“Saya bukan nak cari harta duniawi, nak akhirat. Kalau saya dekatkan diri dengan Allah, kadang-kala saya fikir diri saya begini, apa yang mereka nak menghukum saya sampai macam ni?
“Kalau dulu saya jauhkan diri dengan agama. Adakah mereka nak saya buang balik agama? Sedih saya. Kenapa orang macam saya tak layak ke rumah Allah?” ujar Sajat lagi.
BACA: Ingatan Mufti Wilayah untuk Sajat, umat Islam
BACA: Umrah Sajat sah jika cukup syarat - Mufti Kelantan
BACA: 'Tiada pembuktian saintifik Sajjad adalah khunsa' - Mujahid
Pemergian Sajat bersama keluarga dan rakan-rakan ke Tanah Suci menjadi perdebatan ramai kerana dia berpakaian wanita sepanjang di sana.
Beberapa foto dia mengerjakan ibadah di sana yang dimuat naik di laman sosial menjadi titik permulaan pada pertanyaan ramai.
Sajat dikritik dan dikeca kerana tidak menghormati syarat wajib ketika mengerjakan umrah di Mekah.
“Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak boleh kata apa lagi. Lagi saya cakap, nanti saya disalahkan juga. Saya tak nak cakap apa-apa saya minta maaf sangat-sangat," ujar Sajat lagi.
Astro Awani
Sat Feb 08 2020
Sajat turut mengemukakan permohonan maaf bagi pihak ayah dan ibunya yang turut terheret dalam kontroversi itu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini supaya terus beristiqamah dalam kebaikan.
Penerbangan dijadual semula, 56 jemaah haji Malaysia dijangka tiba di Madinah esok
Kesemua mereka bersama dua petugas Tabung Haji dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah jam 9.25 malam ini waktu tempatan.
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
Madinah jadi saksi pertemuan bermakna ibu bapa dan anak
Ibu bapa mana tidak bahagia anak kesayangan sambut kehadiran, bimbing ziarah luar di bumi barakah, Madinah.
Petugas haji termasuk 14 wakil media selamat tiba di Madinah
Seramai 150 petugas haji termasuk 14 wakil media bagi musim haji 1445 Hijrah/2024M selamat tiba di Madinah sekitar pukul 2.45 pagi waktu tempatan (7.45 pagi waktu Malaysia).
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.