awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna kuasa: SPRM reman dua lelaki terlibat projek pembekalan bantuan banjir

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2023
05:21 MYT
Salah guna kuasa: SPRM reman dua lelaki terlibat projek pembekalan bantuan banjir
Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 28 Julai ini dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi - Foto/Sumber SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman dua lelaki kerana disyaki terlibat dalam pembekalan barangan keperluan mangsa banjir yang membabitkan nilai projek berjumlah kira-kira RM900,000.
Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 28 Julai ini dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.
Menurut sumber, suspek pertama merupakan bekas pengurus operasi sebuah yayasan dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya untuk mengesyorkan syarikat milik suspek kedua yang mempunyai hubungan persaudaraan bagi membekalkan barangan tersebut pada tahun lalu.
Sumber menambah kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan kira-kira jam 2.30 petang Selasa di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir untuk memberi keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#salahguna kuasa
#Pembekalan projek banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan