awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salakan anjing selamatkan pemilik kedai buah dari ular tedung selar

Bernama
Bernama
29/04/2017
01:04 MYT
Salakan anjing selamatkan pemilik kedai buah dari ular tedung selar
Anggota Bomba dan Penyelamat Batu Arang menangkap seekor ular tedung selar sepanjang empat meter yang ditemui pemilik kedai di bawah rak buah di Kampung Melayu, Batu Arang, Selangor malam tadi. - Foto Bernama
Bunyi salakan anjing yang gamat telah menyelamatkan sepasang suami isteri pemilik kedai buah yang menyedari kehadiran ular tedung selar sepanjang empat meter di bawah rak buah kedai mereka di Kampung Melayu, Batu Arang di Selangor malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya berkata pasangan suami isteri berusia 50-an itu berasa hairan apabila anjing peliharaan mereka membuat bising luar biasa berhampiran rak buah yang terletak di belakang kedai pada kira-kira pukul 7 malam.
"Setelah mereka memeriksa kawasan rak buah itu, mereka tergamam apabila menemui seekor ular tedung selar yang besar dan berukuran sepanjang 13 kaki (4 meter).
Kami segera mengerahkan seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.13 malam dan tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.
Yazli berkata pasukan bomba berjaya menangkap haiwan reptilia berbisa berkenaan menggunakan alat penjerut ular dalam masa kurang dari tiga minit.
"Ular itu dipercayai datang dari hutan simpan berhampiran," katanya.
Beliau berkata ular berkenaan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang sebelum dilepaskan ke Hutan Simpan Batu Arang yang terletak jauh dari kawasan perumahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#salakan anjing
#ular tedung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan