awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman fitnah: Ahmad Amzad perlu fail pernyataan pembelaan 6 Feb

Bernama
Bernama
25/01/2023
10:15 MYT
Saman fitnah: Ahmad Amzad perlu fail pernyataan pembelaan 6 Feb
Saman terhadap Ahmad Amzad (gambar) difailkan berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. - Facebook/Haji Ahmad Amzad Hashim
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada 6 Feb ini.
Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.
Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif berkata mahkamah menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Nordiana Abd Aziz semalam.
"Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 6 Feb secara dalam talian di hadapan timbalan pendaftar sama untuk mengemas kini kes saman itu," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Anwar turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala Saiffuddin Othman mewakili Ahmad Amzad sebagai defendan.
Dalam saman itu, Anwar, 75, mendakwa pada 7 Dis lepas, defendan membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.
Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman fitnah
#Amzad Hashim
#Anwar Ibrahim
#pernyataan pembelaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan