awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman fitnah Tony Pua terhadap NSTP selesai

Bernama
Bernama
18/09/2015
08:42 MYT
Saman fitnah Tony Pua terhadap NSTP selesai
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam kemudian merekodkan penyelesaian itu. - Gambar Fail
Saman fitnah yang difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), berhubung artikel yang disiarkan akhbar New Straits Times, diselesaikan hari ini.
Perkara itu dapat dimuktamadkan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan saman itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam kemudian merekodkan penyelesaian itu.
Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua, manakala Claudia Cheah mewakili NSTP.
Pua memfailkan saman itu pada Disember tahun lepas, mendakwa artikel itu yang bertajuk 'Ex-DAP Man Raps Pua Over 1MDB Claims', bertarikh 15 Nov 2014, mengandungi kenyataan fitnah, yang dalam maksud semula jadi dan biasa bermakna beliau adalah seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak berkemampuan.
Beliau menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Topic Berkaitan
#Guok Ngek Seong
#New Straits Times
#Tony Pua
#Yeoh Wee Siam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan