awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
25/10/2024
10:10 MYT
Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sambutan itu akan diadakan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan majlis Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani pada 22 hingga 24 November depan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sambutan itu akan diadakan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
“Ia mengambil sempena tarikh Perdana Menteri mengangkat sumpah iaitu pada 24 November 2022.
“Jadi perincian kepada aturcara akan diumumkan kemudian.
“Hari ini saya maklumkan keputusan Jemaah Menteri bahawa sambutan tersebut akan diadakan pada 22 hingga 24 november 2024, bertempat di MITEC, Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.
Sementara itu, dalam sidang media sama, beliau juga mengumumkan penggunaan logo khusus Malaysia Madani dalam setiap program anjuran kementerian, jabatan dan agensi kerajaan selepas ini.
Menurutnya, logo tersebut adalah bagi membudayakan nilai yang terdapat dalam Malaysia Madani agar aspirasi tersebut dapat dihayati segenap lapisan masyarakat.
“Mengambil semangat untuk terus membudayakan gagasan ini dalam kalangan masyarakat, Akademi Kenegaraan Malaysia di Pejabat Perdana Menteri mengambil inisiatif untuk memperkenal logo khusus berdasarkan enam teras Malaysia Madani.
“Setiap pengaajuran prgogram kementerian atau jabatan mahupun agensi kerajaan harus dipadankan dengan nilai teras Malaysia Madani yang berkaitan dan perlu diperlihatkan melalui logo khusus.
“Logo kuhsus ini berasaskan nilai teras Malaysia Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Keyakinan Hormat dan Ihsan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Madani
#Fahmi Fadzil
#Malaysia Madani
#ulang tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan