Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan rasa puas hati terhadap sambutan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-8 di sini, yang mencatatkan jumlah kehadiran delegasi terbesar berbanding sebelum ini.
Perdana Menteri berkata forum pertama diadakan di luar Kuala Lumpur itu bukan sahaja menumpukan aspek ekonomi sesama dunia Islam malah hubungan dengan negara lain.
"Saya sudah berjumpa dengan pemimpin yang hadir dan kesemua mereka mengatakan forum ini sangat berguna dengan kepelbagaian yang luar biasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata dengan penyertaan lebih 80 negara, segala kemungkinan prospek perniagaan juga boleh dicetuskan menerusi forum seumpama itu.
WIEF yang berlangsung mulai hari ini hingga Khamis di Pusat Konvensyen Persada Johor itu dihoskan bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor.
Acara tahunan yang bertemakan 'Menukar Trend, Peluang Baru' itu dihadiri lebih 2,100 delegasi dan menampilkan 120 penceramah antarabangsa.
Antara pemimpin yang hadir hari ini termasuk Presiden Comoros Ikililou Dhonine, Timbalan Perdana Menteri Singapura Tharman Shanmugaratnam dan Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al Haj Murad Ebrahim.
Forum berkenaan turut merangkumi 'Marketplace of Creative Arts' kelima dengan 31 artis dan penghibur dari 17 negara mempamerkan kerja mereka dalam bidang muzik, tarian, filem, kaligrafi, lukisan dan pengendalian bengkel berkaitan seni.
Bernama
Tue Dec 04 2012
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRN: 300,000 penyokong 'Bossku' tidak akan undi BN - Syed Muhammad Imran
Dianggarkan seramai 300,000 penyokong Najib di peringkat akar umbi akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri, pada 12 Ogos depan.
Ashman, anak bongsu Najib dan Rosmah bertunang
Ashman bertunang dengan gadis pilihan hati iaitu Nikola Mulyadi.
Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil untuk menguruskan perkara tersebut.
"Nothing to hide" - Tun M jawab isu pajakan tanah di Langkawi
-Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari kerajaan Persekutuan atau negeri."
Langgar SOP: "YB Pekan sentiasa dalam perhatian saya" - Khairy
Khairy Jamaluddin menegaskan beliau sentiasa memantau prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Tun M perli Ahli Parlimen berdepan kes mahkamah berucap panjang di Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kumpulan itu lebih mementingkan ucapan di Dewan Rakyat, berbanding menghadiri penghakiman di mahkamah.
Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020
Berikut adalah antara berita yang menjadi perhatian sepanjang bulan Julai.
Isu Felda: Lebih banyak nama muncul dalam siasatan - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan lebih banyak laporan polis akan dibuat terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa FELDA.
Zeti berhak ambil tindakan guaman terhadap Najib
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhak ambil tindakan guaman terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaannya mengenai dana RM2.6 bilion.
Penamaan calon ditutup, BN peroleh kemenangan pertama
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.