KUALA LUMPUR: Hari Kebangsaan 2023 yang disambut di Putrajaya pada 31 Ogos ini menjanjikan terjemahan konsep Malaysia MADANI dalam segenap aspek, sama ada daripada persembahan tarian dan nyanyian, aksi akrobatik oleh pasukan keselamatan sehinggalah perarakan kontinjen.
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin berkata satu daripada terjemahan itu ialah penonjolan Kontinjen Malaysia MADANI dalam acara perbarisan yang merupakan gabungan 1,000 peserta pelbagai etnik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Selain itu, beliau berkata terdapat juga Kontinjen Ekonomi yang disertai pemain industri seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat telekomunikasi dan perbankan yang menterjemahkan keamanan serta keharmonian negara ini berjaya membuahkan hasil pelaburan.
"Kemudian diselangi dengan acara perarakan aset ketenteraan, polis dan aset kementerian yang menggunakan teknologi baharu seperti Electric Vehicle sebagai simbolik bahawa keamanan dan kedamaian membawa kemajuan kepada Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bersesuaian dengan tema "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", sebanyak 1,500 pelajar sekolah juga akan bergabung membuat persembahan lagu tema, di samping melakukan gerakan pantas dan pelbagai formasi mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Rosnan berkata bagi mengetengahkan kekayaan seni dan budaya Malaysia, kira-kira 1,000 penari akan bersama-sama mengalunkan keindahan irama lagu Kurik Kundi yang pernah dipopularkan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
"Diiringi irama pukulan gendang daripada 400 pemain gendang pelbagai kaum, lagu ini akan dinyanyikan secara berselang-seli beberapa artis antaranya Nadeera Zaini yang mewakili masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Suki Low (wakil kaum Cina), Zizi Kirana (mewakili masyarakat Sabah) dan Roshini Balachandran (wakil kaum India) yang menandakan penyatuan rakyat," katanya.
Tidak cukup dengan itu, Rosnan berkata pengunjung Hari Kebangsaan juga bakal disajikan dengan aksi terjunan udara enam komando 69 (VAT69) Polis Diraja Malaysia membawa bendera Jalur Gemilang yang akan mendarat tepat di hadapan Kompleks Istana Kehakiman, Putrajaya dalam tempoh enam minit.
"Orang ramai juga boleh menjangkakan persembahan udara yang menakjubkan menggunakan helikopter pasukan keselamatan selain aksi akrobatik 15 motosikal antik 'Wira Merah' oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Semua ini (persembahan) diharap dapat memberikan faktor wow kepada pengunjung," katanya.
Rosnan berkata secara keseluruhannya, lebih 19,000 peserta terlibat dalam acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 dan demi keselesaan 100,000 pengunjung yang dijangka hadir, pasukan logistik sedang berusaha menyediakan kemudahan tempat duduk bertingkat.
Sambutan ini ialah kali kelima Putrajaya dipilih sebagai lokasi penganjuran selepas kali pertama pada 2003, disusuli 2005, 2018 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Rosnan berkata, sebanyak 1,500 pelajar sekolah juga akan bergabung membuat persembahan lagu tema, di samping melakukan gerakan pantas dan pelbagai formasi mengibarkan bendera Jalur Gemilang. - Foto fail/BERNAMA
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.