IPOH: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bagi mengiktiraf peranan pengamal media di Malaysia, membuka tirainya hari ini, kali ini di Ipoh.
Bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi", sambutan yang diadakan hingga 29 Mei itu dimulakan dengan pertandingan mencari harta karun "Media Hunt HAWANA" dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang disertai oleh kira-kira 150 peserta.
Hampir 40 kenderaan bergerak dari Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di ibu negara yang dilepaskan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Ni Ching kira-kira 8 pagi tadi.
Konvoi itu dijangka tiba di Mydin Mall Meru pada 3 petang ini, tempat berlangsungnya Karnival Mini HAWANA yang turut menawarkan pelbagai acara menarik kepada pengunjung, juga bermula hari ini.
Karnival yang akan bermula pada 10 pagi hingga 6 petang itu dimeriahkan dengan aktiviti seperti slot interaksi bersama personaliti Bernama, sesi pocket talk "sayadigital" serta sesi temu mesra bersama artis dan selebriti tempatan, selain pertandingan mewarna dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Acara itu turut disertai agensi termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), RTM, CyberSecurity Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Wartawan Sarawak (Media Sarawak), Jabatan Penerangan (JaPen), Tourism Perak, Tourism Selama dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pada pukul 1 tengah hari ini, akan berlangsungnya kejohanan boling di Ipoh Bowl, Aeon Kinta City melibatkan dua kategori iaitu berpasukan yang disertai kira-kira 100 pengamal media mewakili 18 pasukan dengan sembilan daripadanya ialah media dari Perak, manakala empat lagi pemain akan berentap dalam kategori pegawai kanan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.
Kali pertama HAWANA diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur, namun terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19 sebelum dianjurkan kembali di Melaka tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
![Sambutan HAWANA 2023 iktiraf peranan media kini bermula Sambutan HAWANA 2023 iktiraf peranan media kini bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685151900_HAWANA.jpg)
Teo (dua, kiri) melepaskan peserta 'Media Hunt HAWANA' 2023 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Wartawan bantu jayakan sistem penyampaian perkhidmatan, tangkis berita palsu Wartawan bantu jayakan sistem penyampaian perkhidmatan, tangkis berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622115002_genericwartawan.jpg)
Wartawan bantu jayakan sistem penyampaian perkhidmatan, tangkis berita palsu
Wartawan diseru sama-sama membantu menangkis penyebaran berita palsu.
![HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716868567_HAWANA.jpg)
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
![HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715564301_Hawana.jpg)
HAWANA diharap perjuang caruman KWSP, PERKESO wartawan sambilan
Walaupun berstatus wartawan sambilan, mereka juga ialah kelompok penting dalam dunia kewartawanan hari ini.
![Tabung Kasih@HAWANA terus santuni pengamal media Tabung Kasih@HAWANA terus santuni pengamal media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710972206_AnwarIbrahim.jpg)
Tabung Kasih@HAWANA terus santuni pengamal media
Tabung Kasih@HAWANA bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.
![Sarawak tuan rumah sambutan HAWANA 2024 - Fahmi Sarawak tuan rumah sambutan HAWANA 2024 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703817383_FahmiFadzil.jpg)
Sarawak tuan rumah sambutan HAWANA 2024 - Fahmi
Fahmi berkata sambutan itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Kasih@HAWANA 2023 santuni bekas editor media tempatan Sarawak Kasih@HAWANA 2023 santuni bekas editor media tempatan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694700588_HAWANA.jpg)
Kasih@HAWANA 2023 santuni bekas editor media tempatan Sarawak
Kebajikan pengamal media di negeri ini terus diberi perhatian apabila bekas editor sukan New Sarawak Tribune Juary Mesa, 69, menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA, hari ini.
![Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685497545_ForumMediaHAWANA.jpg)
Analisis: Forum HAWANA tidak buahkan penyelesaian kukuh pecahkan monopoli media sosial
HAWANA 2023 gagal menghasilkan satu rangka kerja untuk meraih pendapatan daripada kandungan yang ditawarkan oleh organisasi media.
![HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685268457_TBAnwarIbrahim.jpg)
HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685244281_FahmiFadzil.jpg)
Malaysia perlukan media yang bebas, berani untuk bersuara - Fahmi
Media bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.
![150 pakar, pemain industri berkumpul pada forum HAWANA bincang masa depan media 150 pakar, pemain industri berkumpul pada forum HAWANA bincang masa depan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685074402_TBhawana.jpg)
150 pakar, pemain industri berkumpul pada forum HAWANA bincang masa depan media
Bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi", HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.