NATIONAL
Sampel air kegunaan Orang Asli Kampung Kuala Koh akan diuji

Tengku Zulpuri Shah Raja Puri menunjukkan air takungan daripada aktiviti perlombongan bijih besi berhampiran penempatan penduduk Orang Asli ketika meninjau masyarakat Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATSA) akan menyiasat dakwaan penggunaan air tadahan bukit dan air sungai tercemar berpunca dari kawasan perlombongan bijih besi menyebabkan Orang Asli di Kampung Kuala Koh, dijangkiti kuman pada saluran penafasan dan paru-paru.
Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, siasatan akan dilakukan secara lebih teliti bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan penduduk Orang Asli kampung terbabit menderita dijangkiti kuman hingga ada yang meninggal dunia.
Katanya, setakat ini perkara itu belum mendapat kepastian dan sampel air yang menjadi keperluan harian mereka akan diambil untuk diuji kaji bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut.
Beliau berkata, pihaknya juga memandang serius dakwaan penduduk Orang Asli kampung tersebut dan mengumpulkan banyak maklumat berkaitan untuk kementerian membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Kita sudah melakukan lawatan bagi meninjau semua permasalahan yang dibangkitkan mereka hari ini," katanya selepas melawat penempatan masyarakat Orang Asli suku Bateq itu di sini
--BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami