awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/03/2024
00:30 MYT
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan enam hari yang meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dapat dikenal pasti. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan enam hari di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dapat dikenal pasti.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, setakat ini ia diklasifikasikan sebagai 'Pending Laboratory Investigations'.
"Bedah siasat telah dilakukan di pada jam 3 petang, pada Rabu.
"Namun sebab kematian masih belum dikenal pasti dan sampel organ (mangsa) diambil oleh doktor untuk tujuan siasatan lanjut," katanya pada awal pagi Khamis.
Pada Rabu, Astro AWANI melaporkan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan enam hari meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu.
Menurut Asmadi, bayi malang itu baru sahaja dihantar selama dua hari ke rumah pengasuh tersebut.
"Hasil pemeriksaan fizikal ke atas bayi itu tidak menemui sebarang kesan kecederaan justeru mangsa dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, pada Rabu.
Asmadi turut memaklumkan, polis telah merakaman percakapan daripada kedua ibu bapa mangsa dan pengasuh.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Topic Berkaitan
#bayi
#meninggal dunia
#pengasuh
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan