awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samseng jalanan ketika Aidilfitri dicekup

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2023
04:30 MYT
Samseng jalanan ketika Aidilfitri dicekup
Polis menahan empat lelaki yang dikesan melakukan aksi menunggang motosikal secara berbahaya di sekitar Kuala Lumpur pada Selasa. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Aksi merempit di sekitar ibu negara memakan diri selepas empat remaja ditahan pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, aksi penunggang motosikal itu dikesan menerusi operasi Op Selamat 20/2023 bermula jam 1.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur.
Menurutnya, empat lelaki berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun ditahan secara berasingan.
"Operasi yang dijalankan mendapati penunggang terbabit melakukan aksi berbahaya seperti 'superman', bersaing sesama sendiri dan zig zag.
"Tindakan sitaan diambil ke atas empat motosikal iaitu dua ialah Honda EX5 dan dua lagi Yamaha LC," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.
Tambahnya, polis menasihatkan ibu bapa agar memantau kegiatan anak-anak terutama pada sebelah malam bagi mengelakkan mereka terjerumus dengan kegiatan tidak sihat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samseng jalanan
#Aidilfitri
#motosikal
#Sarifudin Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan