awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung Galaxy Note 8 perkenal ciri-ciri dwikamera

Bernama
Bernama
07/09/2017
03:07 MYT
Samsung Galaxy Note 8 perkenal ciri-ciri dwikamera
Samsung Galaxy Note 8 dwikamera membolehkan pengguna menyesuaikan kedalaman medan rakaman yang hanya boleh diperoleh oleh jurugambar profesional. - REUTERS
Samsung Malaysia Electronics pada Selasa memperkenalkan ciri-ciri dwikamera, Live Focus dan Dual Capture untuk Samsung Galaxy Note 8 bagi pasaran Malaysia.
Live Focus membolehkan pengguna mengawal keamatan kesan kabur keseluruhan manakala Dual Capture membolehkan pengguna mendapat akses versi zum masuk dan sudut lebar.
"Pelanggan boleh menikmati penjimatan RM888 dan ganjaran dalam bentuk rebat tunai, waranti percuma Samsung Protection Plus, pek bateri dan penutup yang jelas apabila membuat tempahan semasa jualan promosi pra-tempahan dari 5 hingga 10 September," kata Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh kepada pemberita hari ini.
Menurutnya, pelanggan yang berminat boleh layari samsung.com/my dan memilih warna kegemaran mereka semasa tempoh promosi.
Sementara itu, jurugambar fesyen dan komersil, Michael Yeoh berkata, Samsung Galaxy Note 8 dwikamera membolehkan pengguna menyesuaikan kedalaman medan rakaman yang hanya boleh diperoleh oleh jurugambar profesional.
Paling menarik adalah pengguna boleh mendapat dua keping gambar serupa dalam satu rakaman gambar tetapi dengan titik tumpuan yang berbeza, kanta telefoto memberi fokus pada subjek manakala kanta sudut lebar memberi tumpuan kepada landskap.
Samsung Galaxy Note 8 boleh dibeli pada harga runcit RM3,999 seunit termasuk GST bulan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Samsung
#Samsung Galaxy Note 8
#smartphone
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan