GADGETS
Samsung senaraikan ciri Galaxy AI kekal percuma

Samsung mengesahkan bahawa majoriti ciri Galaxy AI akan kekal percuma selepas 2025 kerana ia menggunakan model AI yang dibangunkan sendiri. -Amanz
CIRI Galaxy AI dilancarkan menerusi siri Galaxy S24 tahun lalu dengan ia memberikan bantuan ringkasan dokumen, melakukan alih bahasa panggilan telefon, menolong menulis dan banyak lagi.
Ringkasan AI
- Galaxy AI diperkenalkan melalui siri Galaxy S24 dengan pelbagai ciri seperti ringkasan dokumen, alih bahasa panggilan, dan bantuan penulisan.
- Samsung mengesahkan bahawa majoriti ciri Galaxy AI akan kekal percuma selepas 2025 kerana ia menggunakan model AI yang dibangunkan sendiri.
- Ciri yang dibangunkan oleh Google seperti Gemini Live akan memerlukan langganan, namun pembeli Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 akan menerima langganan Google AI Pro percuma selama 6 bulan.
Senarai ciri yang kekal percuma adalah seperti di bawah.
- Circle to Search
- Live Translate
- Now Brief
- Writing assist dan Chat assist
- Drawing Assist
- Note Assist dalam Samsung Notes
- Zoom Nightography
- Audio Eraser
- Browsing Assist
- Latar belakang dijana AI
- Transkrip Voice Recorder
- Health Assist
- Suggested Replies pada skrin luar peranti katup
- Auto Framing aplikasi kamera
Namun begitu ciri yang dibawakan oleh Google seperti Gemini Live akan memerlukan langganan.
Seperti telah kami laporkan, pembeli siri Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 akan menerima langganan Google AI Pro percuma selama 6 bulan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami