awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung umum ciri sokongan sandaran awan sementara tanpa had storan

Amanz
Amanz
30/10/2023
08:10 MYT
Samsung umum ciri sokongan sandaran awan sementara tanpa had storan
Sokongan sandaran sementara ini ditawarkan melalui Samsung Cloud – dimana pengguna boleh menggunakan storan tanpa had tetapi dihadkan setiap fail bersaiz maksimum 100GB. -Amanz
SAMSUNG kini memperkenalkan sebuah ciri baharu yang disediakan oleh mereka untuk pengguna Samsung Galaxy, dinamakan Temporary Cloud Backup atau “Sandaran Awanan Sementara”.
Melaluinya, ia amat berguna untuk mereka yang memerlukan akses storan bersaiz besar untuk sementara – sebagai contoh ketika anda ingin beralih ke peranti baharu.
Sokongan sandaran sementara ini ditawarkan melalui Samsung Cloud – dimana pengguna boleh menggunakan storan tanpa had tetapi dihadkan setiap fail bersaiz maksimum 100GB.
Data sandaran juga akan disimpan selama 30 hari sejak dimuat-naik, dan selepas 30 hari data akan dipadam sepenuhnya secara automatik.
Dengan langkah ini, pengguna boleh dengan mudah membuat salinan sandaran ketika ingin bertukar peranti – dan memuat-turun data sandaran ke peranti baharu.
Samsung mengatakan ciri ini akan diperkenalkan pada peringkat global secara berperingkat, bermula dengan telefon pintar dan tablet yang menyokong One UI 6 – bermula dengan telefon dibawah siri Galaxy S dan Galaxy Z. -Amanz
Topic Berkaitan
#Sandaran Awanan Sementara
#Temporary Cloud Backup
#Samsung Cloud
#One UI 6
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan