"Sangat tidak profesional rampas mikrofon!" - Media sosial
Laman Twitter dibanjiri pelbagai tweet dari para penonton yang menyaksikan forum itu yang rata-ratanya para pelajar UIA
Shamil Hizamie
Thu May 14 2015
Laman Twitter dibanjiri pelbagai tweet dari para penonton yang menyaksikan forum itu yang rata-ratanya para pelajar UIA
Perdebatan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang di adakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada malam Rabu lalu terus dirundum kontroversi.
Sebelum ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan tindakan kasar ketua keselamatan yang bertindak merampas mikrofonnya semasa sedang berucap.
Seorang lagi panel debat iaitu Lokman Noor Adam dikatakan dibenar berucap selama kira-kira 15 minit sebelum Rafizi Ramli mula berucap. Insiden rampasan mikrofon berlaku menyebabkan forum itu tidak adil lantas terpaksa diakhiri.
Isu kebebasan bersuara turut menjadi persoalan sesetengah pengguna Twitter. Netizen berpendapat Rafizi tidak sepatutnya diperlaku sebegitu lantaran beliau dijemput untuk berbahas dan diberi peluang untuk menyuarakan pendapatnya.
Rafizi diundang plajar ke UIA utk terang ttg GST. Tengah bercakap, pgawai kslamatan uni rampas speaker n suruh dia brhenti. Printah siapa?