Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugasnya secara rasmi hari ini.
Beliau tiba di Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar kira-kira jam 8.43 pagi sebelum mengetik kad perakam waktu pertamanya sebagai Menteri Besar.
Ketibaan Sanusi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, disambut Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Armishah Siraj.
Beliau kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugasan rasmi pertamanya sebagai Menteri Besar Kedah.
Sanusi turut memgumumkan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah yang baharu.
Semalam, beliau diumumkan sebagai Menteri Besar yang baharu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim selepas menerima perkenan daripada Sultan Kedah bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Perlantikan itu dibuat berlandaskan peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat itu menerima sokongan majoriti dari ADUN-ADUN di negeri itu.
Abd Hadi Che Awang
Mon May 18 2020

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengetik kad perakam waktu sebagai tanda 'clocked in' semasa memulakan tugas pada hari pertama di Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto BERNAMA

Kes penganiayaan, pengabaian kanak-kanak di Perak meningkat
Kes berkenaan terbahagi kepada empat jenis penderaan iaitu penderaan seksual, fizikal, emosi dan pengabaian.

Kredit RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, termasuk P2P
Berikut merupakan antara perkara di mana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk Pemindahan peer-to-peer dan Penebusan tunai.

Tak sangka isteri hamil, ibu mentua mangsa kemalangan maut
Ismail bergegas ke lokasi kemalangan yang terletak hanya kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya selepas menerima klip video kejadian.

MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.
[TERKINI] Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Rafizi Ramli menafikan membuat pusingan U mengenai gaji minimum RM1,500 yang telah dikuatkuasakan pada tahun lepas.
Sebaliknya, Menteri Ekonomi itu berkata, pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif untuk pekerja separuh mahir dan berkemahiran tinggi.
Sebaliknya, Menteri Ekonomi itu berkata, pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif untuk pekerja separuh mahir dan berkemahiran tinggi.
AWANI Pagi: Kelestarian wakaf tangani isu ekonomi semasa
Diskusi bersama Prof Madya Dr Anas Md Yusof, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak melihat sisi wakaf yang sifatnya lestasi, mampan khususnya untuk tangani isu ekonomi semasa.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

Gunung Merapi meletus, pendaki terkandas rakam, muat naik video minta tolong
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan seorang wanita yang merakam wajah dan rambutnya yang kotor akibat salutan lumpur abu.

Tingkat keupayaan perubatan di pintu masuk negara
Penyediaan makmal perubatan di pintu masuk negara dilihat membantu ujian pengesanan penyakit tersebut dijalankan dengan cepat.

Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.

Gunung Merapi muntahkan abu setinggi 3,000 meter
Gunung berapi berkenaan merupakan paling aktif di pulau Sumatera selain merupakan destinasi popular pelancongan rantau Asia.

ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.

40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.

40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.

PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.

PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.

DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.

Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.

Razman dicabar buktikan ada gerakan mahu tumbang kerajaan negeri Perak - Arafat
Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mencabar Pesuruhjaya Pas Perak untuk membuktikan dakwaan ada beberapa ADUN kerajaan berjumpanya berhubung gerakan menumbangkan kerajaan negeri.

Isu peruntukan pembangkang hangatkan sidang DUN Pahang
Isu pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menghangatkan persidangan DUN Pahang hari ini, apabila beberapa wakil pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendapat mereka.