awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR lelaki dihanyut kepala air di Pintasan Saloma bersambung pagi ini

Bernama
Bernama
18/11/2025
04:20 MYT
SAR lelaki dihanyut kepala air di Pintasan Saloma bersambung pagi ini
Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki dipercayai dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di sini semalam, disambung semula pagi ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dipercayai dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma di sini semalam, disambung semula pagi ini dengan menumpukan pencarian di permukaan air di sekitar kawasan terakhir mangsa dilihat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pencarian hari kedua ini akan memanfaatkan faktor pencahayaan siang yang lebih jelas berbanding operasi malam tadi.
Menurutnya, pasukan penyelamat juga sedang mempertimbangkan penggunaan bot dan kaedah penyelaman sekiranya keadaan arus sungai mengizinkan dan bergantung kepada penilaian akhir bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di lokasi melibatkan arus serta paras air.
Difahamkan, operasi SAR semalam terpaksa ditangguhkan pada 11 malam atas faktor pencahayaan dan keselamatan.
Semalam, media melaporkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan paip di kawasan berkenaan.
Mangsa dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan sejurus menyedari kehadiran kepala air, namun tidak sempat menyelamatkan diri.
Insiden tersebut membabitkan keseluruhan 13 individu yang berada di bawah jambatan berkenaan termasuk pekerja penambahbaikan paip dan sekumpulan pemancing.
Sebanyak 12 daripadanya berjaya diselamatkan manakala mangsa merupakan satu-satunya individu yang hilang dalam kejadian itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati air di sungai berkenaan agak deras dan pada paras tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki hanyut
#kepala air
#pintasan saloma
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan