awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarah Nava Rani dilantik Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
30/05/2024
03:00 MYT
Sarah Nava Rani dilantik Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN
Sarah Nava Rani merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya. - Foto Facebook/Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason
KUALA LUMPUR: Malaysia telah melantik Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta, Indonesia.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, lantikan itu berkuatkuasa pada 30 Mei 2024.
Sarah Nava Rani merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya.
Beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan ditugaskan di Kementerian Pertahanan pada tahun 1994, sebelum bertukar ke Kementerian Luar Negeri pada tahun 1996.
Sarah Nava Rani juga merupakan Duta Besar Malaysia ke Jerman dari tahun 2017 hingga 2020.
Sebelum itu, beliau pernah ditugaskan di Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat dan Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Indonesia sebagai Menteri Penasihat.
Di Kementerian Luar Negeri, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, dan Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perancangan Dasar dan Strategi.
Sebelum itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Wilayah dan Maritim.
Topic Berkaitan
#Sarah Nava Rani
#Wisma Putra
#Wakil Tetap Malaysia
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan