Kerajaan Sarawak membuat keputusan untuk menyediakan dana bagi kerja mengukur sempadan Tanah Adat Hak Bumiputera berikutan tiada peruntukan disediakan kerajaan persekutuan bagi tujuan itu semasa pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat.
Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg berkata jumlah dana bagi urusan itu akan diumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak lama lagi dan beliau berharap pemilik tanah akan terus memberi kerjasama bagi memastikan kerja mengukur tanah berkenaan berjalan lancar.
"Negeri akan mengambil alih kerja mengukur NCR," katanya pada majlis penutup Simposium Kebudayaan Orang Ulu ketujuh di Dewan Suarah Miri di sini pada Ahad.
Untuk rekod, dalam Belanjawan 2018, RM30 juta diperuntukkan kepada Sarawak dan RM20 juta kepada Sabah untuk kerja memeta dan mengukur tanah NCR di dua negeri itu.
Menyentuh tentang insentif bagi bayi yang dilahirkan di Sarawak tahun depan, Abang Johari berkata butiran terperinci berkaitan insentif itu akan diumum semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2019 di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini (Isnin).
"Rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang sosial, agama dan kaum akan mendapat insentif ini," katanya sambil menjelaskan bahawa insentif berkenaan boleh ditarik balik apabila seseorang anak itu mencapai usia 18 tahun.
Pada majlis sama, Johari mengumumkan pemberian peruntukan RM35 juta kepada Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak, Malaysia (Forum) bagi melaksanakan dua projek baharunya berikutan resolusi yang dicapai pada simposium itu.
Beliau berkata RM25 juta akan diberi bagi pembinaan Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUUC) di Bandaraya Miri seperti yang dicadangkan Forum.
"Saya berharap, pembinaan pusat kebudayaan itu akan menjadi kenyataan dalam masa dua tahun lagi," katanya sambil menambah bahawa RM10 juta akan disediakan bagi penubuhan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Orang Ulu (OUCCI).
Terdahulu, presiden Forum Antonio Kahti Galis berkata lapan resolusi, termasuk memohon dana daripada kerajaan negeri bagi pembinaan OUUC dan cadangan penubuhan OUCCI dipersetujui pada simposium itu.
Katanya, bagi OUUC, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas dua hektar di Miri bagi pembinaannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018
Abang Johari mengumumkan pemberian peruntukan RM35 juta kepada Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak, Malaysia bagi melaksanakan dua projek baharunya. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.